7 Cara Mudah Untuk 'Sembunyi' Bila Tengah Online WhatsApp
# Gaya Hidup

7 Cara Mudah Untuk 'Sembunyi' Bila Tengah Online WhatsApp

post by Izuan

by Izuan

Jan 9, 2018
pada 11:32 AM

Kebanyakan pengguna smartphone mesti ada aplikasi Whatsapp dalam smartphone masing-masing, kan? Tapi yang leceh sikit tentang Whatsapp ni, kita tak boleh nak sorok status 'online' pada aplikasi tersebut.

Ramai yang merungut memandangkan Whatsapp tidak boleh menyembunyikan status online apabila data dihidupkan. Tapi sekarang tidak lagi! Pengguna Whatsapp dah boleh hide status online tau!

Mula-mula sekali, uninstall semua fail lama dalam device smartphone korang. Kemudian, korang install Whatsapp modded file. Kemudian, ikut langkat-langkah di bawah:

1. Muat turun GBWhatsapp pada Android. 

 

2. Selepas selesai memuat turun, Install dan buka apps tersebut pada smartphone

 

3. Masukkan nombor telefon bimbit

 

4. Kemudian, verify nombor telefon korang menggunakan OTP. Pilih gambar profil, nama dan lengkapkan info yang diperlukan

 

5. Selepas proses install dan verify selesai, Whatsapp korang boleh digunakan. 

 

6. Klik pilihan 'Privacy' pada bahagian kanan Whatsapp

 

7. Sekarang, klik saja pada pilihan 'Hide Online Status' dan korang dah boleh sorok status online korang tu. Siap!

Mudah je kan? Lepas ni korang dah boleh online Whatsapp tanpa ada sesiapa pun yang tahu sama ada korang sedang online ataupun tak. Termasuklah bos korang sendiri. Hehe.