7 Langkah Mudah Untuk Mohon Lesen Memandu Antarabangsa

Izuan
by Izuan
Oct 23, 2017 pada 10:25 AM

Kepada 'kaki travel', mungkin anda orang yang jenis suka menerokai pelbagai tempat-tempat menarik dan ingin memudahkan perjalanan, namun ianya terbatas kerana lesen memandu yang kita ada sekarang tidak 'valid' untuk digunakan di negara luar. Rasa masih ada yang tak tahu bahawa lesen kita yang sedia ada ini masih boleh digunakan dengan membuat Permohonan Permit Memandu Antarabangsa.

Langkah yang begitu mudah, apa yang korang perlu lakukan hanyalah menyediakan dokumen dan isi borang tertentu di kaunter JPJ. Malah, syarat-syaratnya tidaklah begitu sukar, rasanya boleh dikatakan semua para traveller layak untuk memohon. 

Kelayakan bagi permohonan IDP:

(Kredit Foto)

  • Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang masih berkuatkuasa melebihi 1 tahun
  • Pemilik tidak disenarai hitamkan
  • Tempoh IDP adalah 1 tahun sahaja

 

7 Langkah 'Semudah ABC' Memohon Permit Memandu Antarabangsa

  • Perlu mempunyai lesen kelas B2 atau D yang sah
  • Salinan lesen memandu
  • Kad pengenalan asal dan salinan
  • 2 keping gambar berukuran passport
  • Isi Borang JPJ L1 (Dapatkan di kaunter JPJ)
  • Bayaran sebanyak RM 150
  • Pastikan lesen masih sah sekurang-kurangnya setahun

 

Sah Untuk Negara-Negara Tertentu Sahaja

Ia hanya tertakluk kepada negara-negara yang merupakan negara pejanji di bawah "United Nation Conference on Road and Motor Transport, Geneva 1949 & 1968" Jenis kenderaan tertakluk kepada kelas lesen yang dimiliki dan hanya terhad kepada kenderaan persendirian sahaja.

Pemegang lesen adalah dinasihatkan supaya membawa bersama Surat Pengesahan Lesen Memandu salinan asal daripada Kedutaan negara tersebut atau surat terjemahan dari Kedutaan negara tersebut (jika lesen memandu berkenaan menggunakan bahasa selain daripada  bahasa Inggeris) ketika memandu di Malaysia.

Senarai Negara Yang Boleh Menggunakan Permit Memandu Antarabangsa

 

Sumber