7 Tips Ni Untuk Korang Yang Sukar Tidur, Jadikan Sebagai Satu Tabiat Sihat Tau!
# Gaya Hidup

7 Tips Ni Untuk Korang Yang Sukar Tidur, Jadikan Sebagai Satu Tabiat Sihat Tau!

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 23, 2018
pada 6:19 PM

Pernah tak korang mengalami susah nak tidur? Masuk tidur pukul 11 malam tapi pukul 3 pagi still tak boleh lelap lagi. Memang seksa!

Lebih-lebih lagi esok nak kerja. Dah masuk waktu pejabat dengan muka lesu dan letih. Mulalah terlelap kat pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan. Huhu!

Masalah sukar tidur banyak berpunca dari kecelaruan otak korang. Orang yang menghadapi masalah sukar tidur ni mempunyai daya ingatan yang lebih lemah. Jika korang menghadapi masalah tersebut, jangan ambil ubat tidur pula. Bahaya tau!

Jadi, ni untuk korang jadikan sebagai satu tabiat sihat:

1. Patuh Pada Jadual Tidur

Pergi tidur dan bangun tidur pada waktu yang telah ditetapkan walaupun di hujung minggu. Kaedah ini membantu mengatur masa badan dan boleh membantu korang tertidur dan lena sepanjang malam.

2. Praktik Relaks Ketika Masa Tidur 

Bertenang dijadikan satu rutin sebelum tidur adalah dengan mengawal persekitaran tempat tidur seperti menjauhi cahaya terang dan bunyi bising.

Ini boleh membantu otak membezakan masa tidur korang dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan keterujaan, tekanan dan debaran yang akan buat korang sukar tidur.

3. Hias Bilik Korang

Reka persekitaran tempat tidur yang membantu korang untuk tidur. Bilik mestilah sejuk dan bebas daripada sebarang bunyi yang boleh mengganggu tidur korang.

Bilik korang juga mestilah bebas daripada cahaya. Korang boleh pertimbangkan untuk menggunakan langsir, pelindung mata, penyumbat telinga, humidifiers, kipas dan pelbagai alatan yang boleh membantu kondisi tidur korang nanti!

4. Elak 'Handphone' Sebelum Tidur!

Digalakkan sejam sebelum tidur, korang membaca buku atau melakukan satu aktiviti yang menenangkan.

Cahaya daripada alat elektronik seperti laptop akan buat korang sukar tidur. Maka, elakkan sekiranya korang ada masalah sukar tidur. Betul tak?

5. 'Workout' Setiap Hari

Bersenam lebih baik berbanding langsung tiada aktiviti. Pastikan senaman tidak dibuat waktu sepatutnya korang tidur.

6. Tilam Dan Bantal Yang Empuk

Pastikan tilam korang selesa dan menyokong bentuk badan korang.

Pilih bantal yang bebas daripada penyebab alergi yang mungkin boleh menganggu korang ketika tidur di waktu malam tau!

7. Elakkan Kafien Dan Makanan Berat

Kafein boleh menganggu tidur. Makan berat atau dalam kuantiti yang banyak atau makan pedas boleh menyebabkan ketidakselesaan sistem penghadaman yang sekaligus membuatkan korang sukar tidur.

Elak makan berat sebelum 2 hingga 3 jam waktu tidur. Korang juga boleh makan snek ringan 45 minit sebelum tidur jika korang masih lapar.

Selamat mencuba!