Menarik Betul Cara Taukeh Kilang Plastik Ni Gunakan Ungkapan Puitis Untuk Tarik Pelanggan
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Menarik Betul Cara Taukeh Kilang Plastik Ni Gunakan Ungkapan Puitis Untuk Tarik Pelanggan

post by Aisya

by Aisya

Apr 9, 2017
pada 4:18 AM

Kalau dah memang berazam tinggi, pasti akan cari juga jalan bagaimana untuk capai cita-cita tu kan? Siapa kata kalau nak jadi pendidik korang perlu jadi seorang guru di sekolah? Ada bermacam lagi cara sebagai contoh, jadi sukarelawan di pusat gelandangan mengajar kanak-kanak, mengajar kanak-kanak di desa dan bermacam lagi. Korang kena bijak gali lubang pekerjaan.

Kami terpanggil untuk berkongsi satu tweet yang makin menular ini di media sosial. Ceritanya macam mana packaging plastik untuk nak isi biskut, sos apa semua tu siap boleh cetak puisi dan kata-kata motivasi? Mengalahkan buku motivasi lah pula. Ini adalah perkongsian dari seorang netizan @nytafatyn di twitter akaun miliknya.

 

Bila taukeh kilang seorang yang berjiwa seni

Hairan juga kalau beli plastik siap ada tulisan kata-kata puisi sebegini. Kalau sebari dua tidak apa lagi, tapi ini dah macam serangkap puisi pula. Kalau semua packaging gunakan puisi yang berbeza-berbeza, rasanya dah boleh buat buku. Betul tak?

 

Berbunga-bunga betul bahasa yang digunakan

 

Selepas tweet ini makin viral dengan lebih 10,000 likes dan shares. Makin ramai pula netizen yang turut berkongsi gambar plastik yang mereka beli turut ada cetakan puisi dan kata-kata positif dan motivasi hidup: 

 

Terbaik cara marketing taukeh plastik ni untuk jual produk dia

Cara marketing yang terbaik dan juga ini lah bukti yang korang tak semestinya kalau nak kerja sesuatu kena masuk dalam industri tersebut. Kena pandai cari dan tengok ni, kilang plastik pun boleh jadi penulis juga.

 

Cuba tengok reaksi netizen terhadap packaging plastik ni

 

"Bagus betul company plastik ni nak terapkan patriotisme dan sastera"

"Bila nak jadi penyajak tapi kau sedar jadi tauke kilang plastik lagi untung"

"Nak terbit buku tapi takut tak laris so dia letakkan kat packaging"

  

Resume dah tip top, tapi kat mana pula cari kerja, jangan lah risau! Jom bawa resume anda yang gempak tu ke EKSPO Maukerja 2017 April ini!

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April 2017 (Sabtu) di KL GATEWAY MALL, KUALA LUMPUR. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 2,500 peluang pekerjaan terkini di KL & Selangor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Career Talk
  • Career Consultation
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Superpass untuk express ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma