9 Perangai Co-Worker Yang Suka Buat Orang 'Panas', Sekali Sekala Tu Boleh Lah!
# Pengetahuan Pekerja

9 Perangai Co-Worker Yang Suka Buat Orang 'Panas', Sekali Sekala Tu Boleh Lah!

post by Izuan

by Izuan

Nov 21, 2017
pada 10:44 AM

Tak boleh dielakkan lagi bahawa ada saja perangai rakan sekerja yang kadang-kadang membuatkan kita rasa meluat dan sakit hati. Golongan mereka yang menjengkilkan ini sangatlah tak memahami keadaan sekeliling di pejabat dan kurang sensatif dalam mengamalkan etika ketika bekerja.

Perangai kebudak-budakan ini tak sepatutnya korang terbawa-bawa dari kolej atau universiti ke tempat kerja. Dalam bidang pekerjaan korang mestilah mengamalkan sikap professional dalam melaksanakan kerja. Bukanlah bermaksud korang harus serius sepanjang pekerjaan tapi korang kena pandai mengawal dan menjaga batas-batas dalam perlakuan korang. 

Kali ini admin ingin berkongsi perangai-perangai pekerja yang selalu membuat hal yang menyebabkan orang lain terasa 'terganggu' dan tak tenang ketika berada di office.

1. Buang sampah merata-rata

Tong sampah dah tersedia tapi kalau buang sampah pun tak mampu nak lakukan dengan betul memang korang sangat menghampakan. Lagi teruk kalau membuang sampah merata-rata di pejabat sebab ia menunjukkan yang korang ni bukan mereka yang 'civilised' atau bertamadun. Budak-budak pun pandai buang sampah dalam tong sampah dengan betul, tak kan korang tak boleh?

2. Suka Curi-Curi Lihat Screen Komputer Orang Lain

Tak semua orang suka diperhatikan lebih-lebih lagi dalam melaksanakan urusan peribadi yang melibatkan perkara penting di hadapan komputer. Sebagai contoh korang nak buat online-banking atau nak lihat email di mana korang sangat memerlukan privasi. Dalam hal kerja juga sama, tak semua orang akan berasa selesa apabila diperhatikan.

3. Suka Buat Bising

Ini masalah yang bukan menganggu rakan sekerja di sebelah korang saja tapi di sekitar satu pejabat. Orang yang lantang bersuara ni kadang-kadang sukar nak mengawal ketawa atau marahnya kerana mulut diorang akan cepat berbunyi dan suaranya boleh buat satu pejabat terkejut. Korang patut cuba mengawal suara daripada membuat bising yang akan menganggu orang lain yang sedang fokus bekerja.

4. Menganggu Pekerja Lain Dengan Tingkah Laku Anda

Kadang-kadang kita tak perasan bahawa perlakuan kita telah mengangu fokus rakan lain yang sedang bekerja. Perlakuan yang menganggu selalunya apabila korang cuba mendapatkan perhatian orang ramai dengan tindakan yang tak patut korang buat. Sebagai contoh ketika kawan sedang menyiapkan laporan korang pergi ganggu dia dengan mengajak berborak atau mengumpat sememangnya satu perkara yang tak patut. 

4. Bermain Smartphone Masa Meeting

Dalam meeting pun sebenarnya korang tanpa sengaja boleh menyebabkan orang lain terasa menyampah dengan sikap korang tu. Lebih-lebih lagi masa orang lain sedang fokus dalam meeting tiba-tiba korang tergelak-gelak dekat skrin smartphone korang tu. Ini melihatkan sikap korang yang kurang professional dan tak beretika langsung dalam pekerjaan.

5. Senam Tak Tentu Hala Di Pejabat

Ini satu hal yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Trend pergi ke gym sememangnya satu revolusi yang patut menjadi perkara positif dalam menjaga kesihatan diri. Tapi perkara yang kurang menyenangkan ialah sampai kat pejabat pun korang terbawa-bawa sikap 'nak jaga kesihatan' sangat tu. Sebenarnya perkara ni boleh mengacau orang lain bila korang tak tentu hala berlari sana sini dalam pejabat. Peluh dan bau badan tu jangan cerita la.

6. Asik Bersembang Sedangkan Kerja Tak Siap Lagi

Memanglah dalam membuat tugasan yang diberi kita kadang kala akan berasa tertekan dan mudah berasa bosan dan mula ingin berbual bersama rakan sekerja. Tapi bila dah berbual terlalu lama ia akan menganggu rakan sekerja pula untuk melakukan kerja mereka. Golongan yang kaki sembang ni akhirnya tak dapat menyiapkan kerja mereka dan mulalah merungut tak cukup masa nak buat kerja.

7. Suka Meminta-Minta Tanpa Malu

 

Sikap suka meminta-minta ni bukanlah satu perangai yang elok dilihat oleh orang sekeliling kerana ia menunjukkan yang korang kurang ada perasaan malu. Bila korang buat perangai begini, rakan sekerja akan berasa amat terganggu dengan kejengkilan tindakan korang yang suka sangat meminta-minta tu. Kalau ambil barang orang lain tanpa kebenaran tu lagi pula menyebabkan orang lain rasa tak dihormati.

8.  Tak Reti Nak Jaga Kebersihan Pantry

Ada segelintir rakan sekerja yang membuat korang rasa kurang senang atas dasar sikap mereka yang tak tahu jaga kebersihan bersama lebih-lebih lagi di dapur atau pantry pejabat. Adaa sesetengah pekerja suka meninggalkan pinggan dan cawan yang digunakan tanpa membasuhnya semula. Perangai ini tak boleh diamalkan sebab bukan korang seorang je yang bekerja di situ. Sikap pengotor korang akan sedikit sebanyak menurunkan tanggapan baik orang lain terhadap diri korang.

9.  Menyanyi Sekuat Hati Padhal Suara Tak Sedap Langsung

Menyanyi sekuat hati ketika berada di pejabat bukanlah tindakan yang bijak lebih-lebih lagi kalau suara korang tu sumbang ala-ala katak memangil hujan. Orang yang syok sendiri ni memang suka sangat bernyanyi dengan kuat tanpa memikirkan orang sekeliling yang terasa terganggu dengan suara mereka yang menyakitkan teliga. Walaupun sudah ditegur tapi kalau tak faham nak senyap memang alamatnya korang ni membuatkan rakan sekerja berasa menyampah dan rasa nak jahit mulut korang tu biar bagi senyap sikit. 

Jom tengok video ini :