"Adik Beli Wira Buruk Dulu, Dah Gaji Besar Jumpa Akak" - Ayat Kurang Ajar Pekerja Jual Kereta Pada Fresh Grad Ini
# Gaya Hidup

"Adik Beli Wira Buruk Dulu, Dah Gaji Besar Jumpa Akak" - Ayat Kurang Ajar Pekerja Jual Kereta Pada Fresh Grad Ini

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Feb 24, 2020
pada 12:18 PM

Selalu kita dengar perkongsian pakar kewangan tentang kehidupan kita pada masa kini seperti fresh grad beli rumah lebih elok berbanding kereta baru, jika ingin beli sekalipun gunakan kereta terpakai yang masih elok berikutan dengan faktor gaji yang belum layak atau bimbangan menganggu kewangan bulanan.

Namun, tak semestinya golongan ini tak perlu beli langsung, kadang-kadang ada sebab-sebab tertentu kenapa mereka memilih untuk membeli kereta baru. Kita tak perlu nak buat tanggapan buruk kalau gaji fresh grad yang nak beli kereta baru ni beriya-iya nak bergaya. 

Ini kerana skeptikal begini telah dipengaruhi dalam minda manusia zaman sekarang sampai hilang etika kerja mereka. Seorang penjual kereta memberikan bersikap biadap terhadap fresh grad yang ingin membeli kereta dengannya. Rasa geram, marah dan sedih pun ada dengan sikap orang kita yang jenis cepat jauh hukum pada orang ni.

“KAU BELI DULU KERETA WIRA BURUK KE, WAJA BURUK KE DULU. BARU 7-8 RIBU JE DIK. NNT DAH DAPAT KERJA ELOK SIKIT BARU DTG BALIK JUMPA AKAK”

Masuk Je Showromm Memang Tak Ada Orang Yang Entertain Kami. Sampai Ada Satu Akak Ni

Aku Cakap Lah Nak Myvi 2018, Tapi Bezza Pun Okay Juga..Nak Tahu Dia Jawap Apa?

“Tengok Pada Payslip Adik Ni Kami Memang Terus Reject Je”

Sumpah Rude. Depan Mak Aku

Kau kerja sales aku pun kerja sales. Sama sama makan comission. Tapi company aku tak ajar utk biadap dgn customer sampai mcm tu.

Kau paling tak professional. Kata kerja 12 tahun konon

Aku pun counter balik lah apa lagi.

Baru tanya bezza dah kena pijak mcm tu. belum aku tanya myvi lagi

Jangan lah sesekali downkan customer macam tu.