Ahli iShareFans Rugi Lebih RM1 Juta!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Ahli iShareFans Rugi Lebih RM1 Juta!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 30, 2020
pada 5:49 PM

Mesti ramai yang pernah dengar pasal isharefans ni kan? Ada je kawan-kawan admin yang flex screenshot tiap kali dapat duit hasil “like dan share” task dalam aplikasi tersebut. 

Namun begitu, 2 3 menjak ni, semakin banyak hal pulak yang dilaporkan.

#1 Mula- mula notis penutupan pejabat

Melalui akaun Facebook mereka, semua pekerja mereka akan bekerja dari rumah dan pejabat ditutup. 

#2 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial terima laporan 

Tahu-tahulah kalau dah ada laporan ke pihak JSJK, mereka akan buat siasatan habis-habisan. Silap-silap siapa yang pernah withdraw duit boleh dibekukan akaun untuk tujuan siasatan. Seram!

 

#3 Facebook Rasmi iSharefans ditutup

Laman mereka yang dulu ada lebih 100 Ribu followers pun telah dipadam! Tekan link ini untuk tengok laman asal: https://m.facebook.com/revoritslikeshare/

 

#4 Website rasmi LESAP!

Kalau dah tekan link 50 kali, yang keluar “Page could not found” maksudnya laman tersebut telah pun dipadamkan dari server. Haih, apalah nasib mereka yang dah labur banyak-banyak tu ye.  

Selain itu, beberapa warganet juga berkongsi tentang kerugian yang dialami oleh ahli isharefans yang lain. 

Credit: @WanJuga00

Seramai 684 orang dengan anggaran kerugian sehingga RM22,000. Cuba bayangkan kalau seorang kerugian RM3,000. Haa darablah dengan semua senarai ni, nak dekat RM2 juta jumlah kerugian!

Haih, sedih admin tengok perkongsian di ciapan dan komen Facebook. Ingatkan boleh jana pendapatan, tapi lain yang jadinya. Amat penting sebenarnya sebelum kita membuat sebarang pelaburan, korang kena semak betul-betul tentang pelaburan tersebut. Tak ada pekerjaan yang boleh buat kita untung senang-senang dalam masa singkat dan cepat. Steve Jobs dan Jack Ma pun makan masa bertahun nak jadi billionaire! - MJ