Akaun IG Nak Beli Duit Lama Yang Follow Korang Tu, Jangan Layan! Ini Bakal Terjadi Kalau...
# Trending Semasa

Akaun IG Nak Beli Duit Lama Yang Follow Korang Tu, Jangan Layan! Ini Bakal Terjadi Kalau...

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Feb 24, 2020
pada 3:28 PM

Pasti korang familiar bila melihat gambar diatas bukan? Ada tak profil macam ni cuba atau dah follow korang? Kalau yang tetapkan akaun secara sulit (ptivate) jalan benarkan dan bagi yang secara umum biarkan sahaja dan jangan sesekali layan!

Rasanya semua tahu ini scam! Tapi ada yang masih lagi yang tamak haloba percaya bulat-bulat pasal penipuan ini. Sebenarnya ia hanyalah dusta semata-mata, bukan semua orang yang nak kumpulkan duit-duit lama ni.

Mereka akan susun 1001 agenda untuk memperdayakan korang, dulu di laman seperti mudah.my bersepah-sepah iklan ini dan sekarang dah mula merebak di Instagram pula, ada yang pembeli dari luar negara dan ada juga yang kononnya menyamar jadi seperti orang Malaysia. Sekali korang layan, mereka akan cuba melakukan modus operandi seperti ini :

6 Modus Operandi Scam Pengumpul Duit Lama

1. Mereka akan DM korang dan cuba membuat rundingan selanjutnya, kemudian akan mula berborak dengan lebih dalam dengan meminta nombortelefon dan maklumat peribadi korang. Mereka berikan tawaran harga yang tinggi untuk koleksi duit lama yang kononnya berlipat kali ganda walaupun amaun duit itu sangat kecil, ada yang offer sampai 5 angka. Alasan mereka duit lama itu akan dijual kepada muzium, collector atau bank dunia untuk mendapatkan harga yang lebih mahal dan sebagainya.

2. Kalau korang bersetuju dengan apa yang mereka tawarkan, mereka akan meminta no akaun dan kemudiannya akan berjanji untuk membayar menggunakan bank transfer. 

3. Kemudian mulalah mereka menghubungi korang mengatakan ada masalah dengan pemindahan wang yang dijalankan. Alasan utama biasanya pihak berkuasa menahan wang yang di pindahkan ke akaun korang. Korang uga mungkin akan mendapat email yang mengatakan duit telah dihantar kepada korang tetapi korang perlu membayar sejumlah wang (bayaran atau fee) untuk melepaskan duit itu.

4. Mungkin korang dah mula hidu taktik mereka, tapi mereka takkan berputus asa, mereka akan pujuk dengan memberikan maklumat-maklumat mengenai diri mereka atau syarikat/perniagaan mereka yang memang buatkan korang terpukau kalau dipandang dengan mata kasar. Tapi kalau korang tiba-tiba nak batalkan, mereka akan jalankan 'Plan B' mereka.

5. Kawan mereka dari Malaysia yang akan menghubungi korang menyamar sebagai pegawai Bank, Polis, Kastam atau apa sahaja pihak berkuasa yang berkaitan. Mereka menghubungi korang kerana dikatakan telah membuat kesalahan berkaitan dengan penerimaan wang tersebut. Kemungkinan juga mereka memberitahu, akaun bank korang akan dibekukan kerana wang tersebut adalah duit dari pengganas dan sebaginya. Ada kemungkinan juga pegawai bank (palsu) menghubunginya.

6. Orang yang menyamar ini kemudiannya akan mengatakan mereka boleh membantu korang mendapatkan wang dari hasil pembelian tersebut tetapi korang perlu membayar sedikit "wang pampasan" kepada mereka.

7. Kalau korang bayar ke akaun mereka, maka bermulalah episod "wang pampasan" yang tak pernah cukup. Pembeli dan juga orang yang menyamar akan senantiasa memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan mereka mendapat wang dari korang.

8. Ada juga yang akan terus hubungi korang dengan memberikan ugutan ataupun mendesak korang melalui whatsapp atau hubungi korang terus menerus. Bahkan ada yang merayu, ada yang memakan masa sehingga berhari-hari diganggu memandangkan dah ada nombor telefon korang.

Modus Operandi yang mereka gunakan mungkin berlainan tapi pokok pangkalnya mereka hanya melakukan penipuan dan taktik mereka hanya mahukan duit korang. Tak wuijud dalam urusan jual beli dimana pembeli harus bayar kepada penjual. Kalau tak percaya korang boleh cuba.

Nombor Telefon Yang Mereka Gunakan

Nombor telefon yang mereka gunakan biasanya bermula dengan +234 (Contoh +234 815 655 9228), nombor tersebut daripada Nigeria. Namun, pada masa sekarang ini, mereka menggunakan pelbagai nombor luar negara;

  • Mauritius (+230)
  • Maldives (+960)
  • UK (+44). 

Pasti korang pernah dapat satu missed call daripada nombor-nombor ini kan? Ia bermakna akan gunakan taktik lain nak scam korang selain daripada duit lama tu. Tak payahlah nak percaya kalau ada orang luar negara cuba nak hubungi korang tanpa sebab. Kalau boleh cuba jangan berikan sebarang maklumat peribadi kepada mereka lebih-lebih lagi nombor akaun! Untuk pengetahuan korang, bukan semua duit lama tu berharga tinggi tau, jadi jangan terlalu tamak untuk buat 'easy money'