Amaran! 85 Senarai Syarikat Ini Tiada Kelulusan Oleh BNM
# Trending Semasa

Amaran! 85 Senarai Syarikat Ini Tiada Kelulusan Oleh BNM

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 16, 2020
pada 11:06 PM

Setiap hari ada saja berita kurang menarik yang kita dengar tentang kes-kes penipuan oleh syarikat scam. Kadang-kadang tu kesian dengan mangsa yang tertipu oleh syarikat tak bertanggungjawab ni sehingga ada yang mengalami kerugian puluhan hingga jutaan ringgit. Penat-penat kita kerja siang malam kumpul duit, pihak tak bertanggungjawab ni senang-senang je scam duit macam tu je. Siapa tak marah!

Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga untuk semua, pihak Bank Negara Malaysia telahpun mengeluarkan peringatan kepada semua pengguna. Berikut adalah kenyataan rasmi daripada pihak BNM:

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

 

Senarai syarikat dan laman sesawang yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM:

 

Senarai ini disusun berdasarkan maklumat, aduan dan pertanyaan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia (Bank) berhubung dengan aktiviti individu dan entiti yang berkenaan. Senarai ini bukan senarai lengkap (not exhaustive) dan Bank akan mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa. Senarai ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada orang ramai.

Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan. Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

 

Info lanjut boleh layari website rasmi Bank Negara Malaysia.