Apa Guna Degree Jika Kerja Biasa-Biasa Sahaja?
# Jenis Pekerjaan

Apa Guna Degree Jika Kerja Biasa-Biasa Sahaja?

post by MJ

by MJ

Sep 19, 2021
pada 1:35 PM

Apa Guna Degree Jika Kerja Biasa-Biasa Sahaja?

Penulis - Anis

Sekarang banyak kita dengar, orang mempersoalkan ijazah serta sijil seseorang. Katanya apa guna kalau ada ijazah tapi kerja macam budak SPM? Buat habis duit sahaja. 

Ha, selalu kan dengar?

Kata-kata provokasi ini tidak dinafikan kadang-kala mematahkan semangat menuntut ilmu kita. Dengan kegawatan ekonomi yang dilanda negara, sangat sukar sebenarnya untuk mendapatkan pekerjaan yang kita impikan. Tetapi jangan risau, hari ini penulis akan kongsikan mengapa kita memerlukan pendidikan tinggi walaupun dipersoalkan sebegitu sekali.

Ilmu bukan pada kekayaan

Pendidikan tinggi - diploma, ijazah, master dan sebagainya adalah bukan tiket untuk kaya, tetapi cabang menuntut ilmu. Kita ke universiti bukan untuk mendapatkan kerja yang bagus, pangkat tinggi, hidup mewah. Tetapi kita mendapatkan ijazah di universiti untuk mendalami suatu disiplin ilmu. Lebih banyak kita belajar, lebih banyak kita tidak tahu. Itu prinsip asasnya.

Aplikasi pembelajaran di dalam kuliah kepada kehidupan

Di dewan kuliah mungkin kita tidak diajar directly untuk bagaimana hidup diluar sana. Namun, terdapat banyak perkara yang diberikan, diajar serta ilmu-ilmu yang sebelum ini tidak kita ketahui, tetapi dibekalkan di dalam kuliah. 

Jika kita dapat mengaplikasikan apa yang diajar guru kita, ke mana sahaja kita pergi, orang pasti mahukan kita. Contohnya, anda belajar kejuruteraan, tetapi habis belajar mahu jadi businessman. Anda boleh mengaplikasikan ilmu ketelitian dan berfikiran kritis semasa membuat rancangan perniagaan anda. Bukankah nampak lebih awesome?

Syarat kelayakan

Kebanyakan pekerjaan masa kini menuntut ijazah pertama sebagai asas. Ini merupakan tiket untuk anda bekerja di mana sahaja, selagi anda mampu meyakinkan bakal majikan anda, anda adalah calon yang terbaik.

Kenaikan pangkat dan gaji

Kalaupun anda hanya bekerja jawatan bawahan, dengan adanya sijil anda, anda boleh demand jawatan yang lebih tinggi dan kenaikan gaji jika anda tahu anda perform sangat bagus.

Memenuhi pasaran masa hadapan

“Ramai je graduan sekarang kerja rider?”. Selalu kan dengar conversation ini? Zaman kegawatan sekarang, kerja apa sahaja pun boleh sebab kita fikir hidup dahulu. Tetapi selepas sektor-sektor ekonomi lain mula dibuka, demand industri akan menaik dan mereka yang mempunyai ijazah ini boleh mencuba, bukan sahaja dengan kelayakan mereka, malahan pengalaman bekerja mereka. 

Banyak lagi sebab mengapa sijil dan ijazah ini jangan dipandang enteng. Jika anda mampu “mempromosikan” dan “menjual” diri anda pada majikan dengan kelayakan, pengalaman dan juga attitude anda, sesiapa sahaja mampu berjaya. Jadi jangan putus asa dan lemah semangat. Tiada apa yang sia-sia di dunia ini!