''Baru Lepas SPM, Tiada Pengalaman Kerja Tapi Memilih Gaji?''-Ini Nasihat 'Mael Totey'
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

''Baru Lepas SPM, Tiada Pengalaman Kerja Tapi Memilih Gaji?''-Ini Nasihat 'Mael Totey'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 17, 2022
pada 3:47 PM

Nama saya Syahmi Sazli atau Mael Totey dan berumur 24 tahun. Saya tinggal di Kota Bharu, Kelantan dan belajar di Sultan Ismail College. Masa Diploma saya mengambil jurusan 'Electrical Engineering.' Selepas itu saya sambung course engineering juga tapi tak sempat habis. 

Pada awalnya, ada 3 company datang dan approach saya untuk buat video produk mereka. Masa tu saya kena buat pilihan, ''Nak buat tiga video atau sambung degree?'' 

Umi dan abah saya bagi kebenaran pada saya, tapi orang di sekeliling ada yang nasihatkan suruh jangan berhenti belajar sebab rugi. Lepas je buat tiga video tu, sampai ke harini ni tak pernah putus orang approach saya untuk buat video. Begitulah permulaannya...

 

Pahit Getir Suatu Ketika Dulu

Pada tahun 2016, masa saya tinggal di Shah Alam, ada satu masa tu saya balik ke Kota Bharu. Sampai je di Kota Bharu, beg yang saya bawak tu hilang. Habis segala duit, kad pengenalan dan apa yang saya ada masa tu semuanya hilang. Masa tu hidup saya memang tak berapa nak senang. Ada kereta pun kereta rosak dan tak berbayar. Duit pun tak berapa nak ada, memang susah masa tu.

Saya sebenarnya tanpa sengaja terviral masa awal-awal dulu. Salah sebuah restoran di Kelantan panggil saya untuk buat video. Masa tu tak dibayar pun. Saya buat video menggunakan handphone je, microphone takde, dengan bunyi bisingnya sebab tempat orang ramai. Sebab tulah saya selalu kata, semua yang berlaku dalam hidup saya ni semuanya ajaib belaka. 

Bayangkan, saya jumpa balik beg saya yang hilang tu. Kemudian, kereta rosak yang saya bawak tu dah nak kena ambil dengan penarik kereta, tapi bila saya keluar, dia kenal saya yang buat video tu, dia tak jadi tarik kereta saya. Jadi lepas dari semua tu, semua benda yang jadi kat saya semuanya ajaib.

 

Pernah Rasa Putus Asa...

Dulu permulaan video saya cuma RM300 je. Bila nak mula buat video ni, apa yang kita kena ada adalah minat. Apa-apapun kita kena tanam minat dalam diri kita dulu. Jangan buat video semata-mata sebab duit. Saya pernah je rasa putus asa, bila baca komen kecaman dan banding-bandingkan kita dengan orang lain... 

Tapi bila fikir balik, banyak lagi dugaan lain yang saya dapat tempuhi, takkan sebab hal macam ni je saya bak berhenti macam tu je kan? Saya dah nak sampai puncak dah, takkan saya nak turun balik? Apa yang saya perlu buat adalah bersaing secara sihat, tingkatkan kualiti video dan sebagainya. Biar bila orang tengok kita, kita ni sentiasa relevan. 

Sebenarnya saya tak berharap sepenuhnya dengan video. Sebab saya tahu pada masa akan datang, sama ada kita akan jatuh ataupun kita tak lagi relevan. Sekarang ni masa tengah masih diminati oleh penonton, saya cari backup plan jugak untuk jana kewangan saya. Setakat ni, saya ada produk kecantik, saya cover video kahwin, komersial dan sebagainya serta saya mempunyai bisnes santan saya sendiri. 

 

Nasihat Mael Totey...

Nasihat buat mereka yang memilih gaji tu, satu je saya nak pesan, zaman sekarang ni orang bayar kita berdasarkan pengalaman sebenarnya. Kau pernah kerja mana? Kau buat apa sebelum ni? Kalau awak tu baru lepas SPM, tak pernah buat mana-mana kerja, macam mana awak nak demand gaji? 

Kalau awak terpilih kerja tu, terimalah je dulu dan timba pengalaman daripada situ. Bila dah ada pengalaman tu, awak boleh ambil pengalaman tu untuk cuba buat benda lain. Buat, buat dan terus buat, jangan putus asa. Kalau dua tiga kali tak jadi, mungkin akan sampai masa nanti awak akan jumpa titik perubahan tu. 

 

Tonton Video Sepenuhnya Di Sini
 


GENTING THEME PARK BUKA LEBIH 170 JAWATAN KOSONG.

Inilah peluang korang utk bekerja dengan Taman Tema Genting. Tempat kerja yang best, sejuk dan environment kerja yang sihat. Jom apply sekarang.

TEKAN LINK NI >> https://bit.ly/GentingThemePark2