Basikal RM13 Juta Menjadi Taruhan Azizul Hasni Di Temasya Olimpik 2020 Tokyo?
# Trending Semasa

Basikal RM13 Juta Menjadi Taruhan Azizul Hasni Di Temasya Olimpik 2020 Tokyo?

post by MJ

by MJ

Aug 3, 2021
pada 10:26 AM

Basikal RM13 juta menjadi taruhan Azizul Hasni utk di Temasya olimpik Tokyo?

Sebut sahaja Azizul Hasni Awang pasti semua akan kenal betul tak? Bagi yang kurang mengenali beliau, Datuk Azizul Hasni Awang merupakan seorang jaguh sukan trek berbasikal negara ini serta merupakan rakyat pertama malaysia pertama yang pernah memenangi Kejohanan Trek Berbasikal Dunia pada 2017 di Hong Kong dan kini berada di kedudukan kedua di dunia dalam acara berbasikal dalam acara keirin.




Sedikit Biodata Datuk Azizul Hasni Awang

Dilahirkan di Terengganu, jaguh trek berbasikal negara kita ini sudah pun mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan beliau Athiah Ilyana Abdul Samat serta dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Amna Mariam dan Amna Khadeeja. Beliau yang juga merupakan bekas pelajar sekolah sukan Bukit Jalil (SSBJ), serta mempunyai ijazah di dalam Sarjana Muda Perdagangan (Pengkhususan dalam pengurusan sukan) di Universiti Deakin, Australia.



Rm 13 juta untuk sebuah basikal betul ke?


Pelumba negara, Azizulhasni Awang (kanan) hadir pada majlis pelancaran basikal trek Olimpik Tokyo 2020 di Dewan Perdana ISN, Bukit Jalil. - NSTP/Owee Ah Chun



Basikal trek yang dinamakan model WX-R Vortex ini yang direka khas buat pelumba basikal malaysia yang bakal bertanding di Temasya Olimpik 2020 di Tokyo Japan kali ini

Basikal WX-R Vortex ini terhasil daripada kolaborasi dan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) diantara Institut Sukan Negara (ISN) dan syarikat penyelidik Totalsim Ltd yang memakan kos sebanyak RM 13 juta sepanjang 3 tahun. Bukanlah basikal itu berharga RM13 Juta semata-mata tau.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Ramli berkata, basikal itu direka bentuk khas untuk pelumba negara bagi memastikan potensi yang dimiliki Azizul dan pelumba lain dapat dioptimumkan dan digerakkan dengan bantuan teknologi sukan,”

Dengan menggunakan teknologi aerodinamik serta besi karbon yang keras tapi ringan memastikan rintangan angin lebih rendah seterusnya membolehkan pelumba negara bergerak lebih laju

MENGEJAR KILAUAN EMAS OLIMPIK TOKYO 2020


Adakah ini formula rahsia untuk kita bawa balik pingat emas pada Temasya Olimpik 2020 di Tokyo kali ini. Kita semua pasti nya teruja pada temasya olimpik kali ini oleh kerana  pencapaian jaguh sukan berbasikal sebelum ini di peringkat antarabangsa. Oleh itu kita semua meletakkan harapan tinggi buat Temasya Olimpik kali ini. Ayuh kita nantikan bersama, pada acara sprint trek berbasikal lelaki yang bakal berlangsung pada 2.00pm pada 4 Ogos 2021 ini.


Tulisan: @liaaa