Berani Tukar Bidang Ke Customer Service, Ini Luahan Bekas "Engineer" Yang Terpaksa Lompat Kerja
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Berani Tukar Bidang Ke Customer Service, Ini Luahan Bekas "Engineer" Yang Terpaksa Lompat Kerja

post by Sera

by Sera

Feb 2, 2022
pada 4:23 PM

Jumlah pengangguran yang tinggi dalam kalangan graduan Melayu bukanlah isu baru di negara kita sekarang. Disebabkan masalah ini, ramai yang salah menyalahkan. Tapi betul ke sebenarnya graduan Melayu ni telah didiskriminasi?

Sehinggakan ada kajian yang telah diterbitkan Jurnal Ekonomi Asia Pasifik oleh UM dan UKM, ada bukti yang mengatakan graduan sekarang antara yang paling susah nak dapat kerja! 

Menurut Ashraff Jeffery di laman Facebook mengenai kekurangan engineer di Malaysia disebabkan kekangan hidup sekarang. 

"Saya juga bekas Engineer tapi berhenti atas pilihan sendiri" Tapi ada kawan-kawan yang lompat kerja lepas..."

Kerja reply email je secara teknikal dan dalam masa yang sama sebgai penterjemah. Gaji dapat RM5K, ada yang dapat RM15K!

Dengan kekangan hidup sekarang, kenapa perlu kekal jadi Engineer jika kerja lain menawarkan gaji yang lebih?

Sekarang bukannya kekurangan Engineer tapi kurang mereka yang sanggup menjadi Engineer!

Kenapa tak ramai yang nak kerja sebab RM2K kena tanggung rumah dan pengangkutan sekali. Sedangkan pekerja asing diberikan tempat tinggal dan ada pengangkutan pergi balik kerja weh!

Syarikat tu boleh bayar gaji mahal tapi kenapa untuk orang tempatan gaji murah?