Berpengalaman 'Work From Home' Tiga Tahun, Individu Ini Kongsi Kesilapan Yang Dia Selalu Buat!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Interview

Berpengalaman 'Work From Home' Tiga Tahun, Individu Ini Kongsi Kesilapan Yang Dia Selalu Buat!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 1, 2020
pada 1:20 PM

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilancarkan, ramai dalam kalangan kita yang sudah mula membiasakan diri dengan bekerja dari rumah atau work from home. Untuk yang first time work from home, mungkin agak sukar nak membiasakan diri dengan rutin ini. Maklumlah, bekerja di rumah ni suasananya jauh berbeza dengan bekerja di office. Betul, kan?

Antara perkara yang paling struggle bila work from home ni bila katil asyik 'memanggil-manggil' je ajak kita tidur. Lebih-lebih kalau kita buat kerja atas katil. Fuh, kalau tak kuat, tau-tau boleh terlelap weh!

Sebab tulah kalau nak work from home ni kena ada planning yang betul. Contoh macam individu ni, dah tiga tahun work from home, akhirnya dia dapat lihat sendiri apa kesalahan yang dia patut elakkan. 

 

1. Bersiap seperti mahu ke office

Salah satu sebab kenapa ramai yang suka work from home ni, tak payah bersiap-siap macam selalu. Haa korang tahu tak, persiapan diri pun boleh mempengaruhi cara kita work from home tau. 

Contohnya, kalau kita berpakaian rumah (baju tidur misalnya), otak kita dah terbiasa dengan rutin di mana pakai rumah = minda santai / berehat. 

Sebab tulah kalau kita bersiap-siap setiap pagi bila nak pergi office tu, kita ada satu aura yang buatkan kita lagi bersemangat nak pergi office. Perasan tak?

 

2. Tetapkan jadual

Ramai yang salah faham konsep work from home ni. Bila kerja dari rumah, ramai yang dah tak pentingkan jadual kehidupan masing-masing. 

Kalau korang nak tahu, rutin tanpa jadual yang konsisten sebenarnya akan membuatkan produktiviti kita menurun. Jadi kalau waktu makan, pastikan jangan skip makan. Kemudian baru boleh sambung kerja dengan senang hati.

 

3. Bagitahu keluarga / kawan tentang work from home

Kita kena tahu yang tak semua orang faham apa itu konsep work from home. Ramai yang ingat bila work from home ni lebih kepada kerja ala kadar. 

Jadi bila korang nak start work from home, pastikan korang bagitau ahli keluarga atau rakan serumah yang korang taknak diganggu semasa sedang bekerja. 

 

4. Jangan lupa rehat!

Ini yang paling kita selalu buat bila work from home. Bila di rumah, kita akan lebih banyak kurang bergerak berbanding kerja di office. Mana taknya, katil depan mata je kan? Kalau dah penat kerja, boleh terus tidur.

Salah tu. Pastikan korang curi masa dengan melakukan sedikit aktiviti seperti menghirup udara segar di luar rumah, beriadah atau apa saja yang boleh mengeluarkan peluh. Takdelah badan tu letih nanti.

 

5. Sediakan tempat kerja yang lengkap

Korang tahu tak, bekerja di atas katil akan membuatkan kita tak produktif? Sama je macam konsep di point pertama tadi. Minda kita dah set yang katil adalah tempat untuk berehat. Sebab tulah bila kita buat kerja atas katil, laju je mata ni layu kan? Hehe.

 

Semoga perkongsian ini dapat dipraktikkan oleh semua yang sedang work from home ketika tempoh PKP ini. Okay?