Bil Kertas Indah Water Akan Dicaj RM2 Mulai Julai, Sebab Tu Kena Daftar E-Bill Sekarang!
# Trending Semasa

Bil Kertas Indah Water Akan Dicaj RM2 Mulai Julai, Sebab Tu Kena Daftar E-Bill Sekarang!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 27, 2020
pada 3:41 PM

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menukar kitaran bil perkhidmatan pembetungan daripada empat bulan kepada enam bulan bermula Januari 2020. Dalam usaha menuju ke arah pembangunan ekonomi hijau, syarikat pembetungan nasional ini turut mengurangkan penggunaan kertas dengan mengalakkan pelanggannya mendaftar perkhidmatan e-Bill. 

Disebabkan ini jugak, IWK meminta para pelanggannya agar bertukar bagi mendapatkan perkhidmatan e-Bill kerana ia merupakan landasan yang lebih memudahkan pelanggan menerima dan menyemak bil perkhidmatan pembetungan.

 

 

Cara untuk mendaftar:

1. Layari laman web >>> https://www.iwk.com.my/customer/ebill

 

2. Klik butang 'Register Now.'

 

3. Isi maklumat lengkap di ruangan yang disediakan.