Calon Selalu Kantoi Jawab 3 Soalan 'Killer' Ni Masa Interview, Rujuk Sini Untuk Panduan!
# Pengetahuan Interview

Calon Selalu Kantoi Jawab 3 Soalan 'Killer' Ni Masa Interview, Rujuk Sini Untuk Panduan!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 14, 2019
pada 10:31 AM

Kalau pergi temuduga dan dapat soalan-soalan basic daripada penemuduga, mesti senang je nak jawab, kan? Korang boleh dapat contoh soalan yang bakal ditanya masa temuduga nanti di internet dan perkongsian lain.

Selalunya calon akan 'blur' bila penemuduga tanya soalan macam ni...

 

Contoh 3 soalan sukar yang bakal ditanya sewaktu temuduga?


''Boleh terangkan sebab anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX?''

''Saya dapati anda kerap bertukar kerja di antara tahun XX sehingga YY, boleh jelaskan mengapa?''

''Saya faham anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, akan tetapi bolehkah anda jelaskan sebab mengapa anda berpindah dari kerjaya lama?

Jangan risau. Di sini ada 3 cara untuk menjawab soalan sukar seperti di atas...

 

Cara untuk menjawab soalan sukar:

1. Tujuan soalan tersebut ditanya
Setkan di fikiran korang yang penemuduga sengaja tanya soalan macam ni sebab nak menduga kebolehan calon berkomunikasi.


2. Jawapan ringkas dan sesuai
Elakkan dari memberi jawapan terlalu panjang dan berjela. Ini bagi mengelakkan calon berasa teruja memberikan jawapan sehingga tersasar di luar skop jawapan. Lagi pendek jawapan lagi bagus. Asalkan jawapan tersebut menjawab soalan.


3. Nada dan intonasi positif
Elakkan daripada memberikan jawapan berbaur negatif seperti ''susahlah, rumitlah, bosanlah...''
Elakkan dari menceritakan keburukan majikan di syarikat lama. 
Cuba untuk berikan jawapan yang menunjukkan korang sebenarnya sukakan cabaran dan sentiasa bersedia untuk menempuh segala cabaran yang bakal diberikan kelak.