Cara Berkesan Nak Dapatkan Gaji Yang Kita Mahukan Dalam Temuduga, Wajib Buat
# Pengetahuan Pekerja

Cara Berkesan Nak Dapatkan Gaji Yang Kita Mahukan Dalam Temuduga, Wajib Buat

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Oct 25, 2020
pada 3:31 AM

Biasanya kalau korang mohon kerja mesti perkara utama yang tengok adalah gaji dan mungkin kedua lokasi. Kenapa gaji selalu yang pertama? Masing-masing ada sebab tersendiri selain untuk meneruskan kehidupan sebagai manusia berguna.

So macam mana nak dapatkan gaji mengikut kehendak anda erti kata lain tekak anda. Masa temuduga mesti waktu getir untuk beruding gaji. Kadang-kala anda taruh harapan tinggi untuk sesuatu jawatan itu.

Jangan risau, jangan takut untuk berunding. Jangan mudah kata ''OK'' apabila majikan beri keputusan gaji macam itu, masih ada alternatif lain untuk korang dapatkan jumlah yang sepatutnya daripada syarikat tersebut, jangan terima bulat-bulat! Lagi satu bukannya dengan cara cari kerja ditempat lain, jangan risau cara yang kami akan kongsikan ini takkan menjejaskan persepsi majikan pun.

Jadi, jom ikuti panduan ini, sesuai digunakan bagi mereka yang dah berpengalaman mahupaun graduan muda!

1. Memberi jaminan dengan bukti-bukti yang anda ada atau pernah lakukan

Ia bergantung kepada korang samada mahu terima atau pun tidak, jika mahu terima, pastikan korang buktikan kepada mereka bahawa korang boleh lakukannya dengan baik dan tunjukkan bahawa korang bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang majikan telah tetapkan. 

2. Apa yang saya perlu buat sekiranya perlukan gaji sedimikian RMXXXXX

Majikan akan terangkan job skop yang perlu korang lakukan, kemungkinan di luar bidang kerja asal, mungkin korang mohon kerja sebagai HR namun disuruh melakukan sedikit kerja marketing.

3. Terangkan matlamat dan visi anda ingin bekerja disyarikat ini

Ini sesuai untuk mereka yang dah ada pengalaman, tunjukkan yang terbaik dalam diri korang kepada majikan berdasarkan kemahiran yang korang dah peroleh sepanjang korang kerja di tempat lama.

4. Memberi sumbangan yang besar kepada syarikat berkenaan

Anda harus memberi jaminan kepada majikan sekiranya berada di syarikat itu apa sumbangan anda. Besar mana sumbangan yang anda boleh berikan kepada syarikat tersebut.

5. Mengetahui benefit lain syarikat berikan

Cara lagi satu adalah dengan bertanyakan kelebihan yang korang akan peroleh jika bekerja disitu seandainya gaji tidak memberangsangkan (elaun, parking, kerja lebih masa). Ada segelintir syarikat yang beri gaji sedikit tetapi elaun tinggi, ada juga yang tidak memeperuntukkan apa-apa kelebihan.

 

HARAP MEMBERI MANFAAT KAT KORANG JOM SHAREblush