Cara Mohon Tabung Bantuan Segera RM300 (One-off) Untuk Yang Layak & Terdesak
# Gaya Hidup

Cara Mohon Tabung Bantuan Segera RM300 (One-off) Untuk Yang Layak & Terdesak

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 16, 2020
pada 8:12 PM

Pelbagai inisiatif dan bantuan yang telah dilakukan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mebantu meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik daripada segi kehidupan, kewangan dan lain-lain. Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

 

Antara bantuan yang ditawarkan oleh pihak JKM termasuklah:

1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5.Bantuan Orang Tua (BOT);
6.Bantuan Am Persekutuan (BA);
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).

 

Selain itu, antara inisiatif lain yang ditawarkan oleh pihak JKM adalah Tabung Bantuan Segera di mana maksimum sebanyak RM300 akan diberikan sekaligus kepada penerima yang layak.

 

KADAR

  • Maksimum RM300 sekaligus; atau
  • (Bagi bayaran bulan pertama bantuan bulanan/ refund adalah mengikut kadar bantuan bulanan yang diluluskan)


TUJUAN

  • Pemberian bantuan segera yang diberi serta merta secara sekaligus (One-off) kepada kumpulan sasar yang layak dan terdesak;
  • Menyediakan Program berbentuk Pendampingan Sosial (Outreach)/ Program Cari & Bantu (Search & Serve) kepada kumpulan sasar;
  • Membantu dalam menangani isu-isu berkaitan kebajikan kumpulan sasar;
  • Menyediakan ruang dan peluang kepada PKMD dan pemimpin tempatan untuk berinteraksi dan menyelesaikan permasalahan kumpulan sasar dengan kadar segera;
  • Perkhidmatan JKM yang peka dan prihatin terhadap keperluan dan permasalahan kumpulan sasar.


SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Kategori kes seperti di Lampiran 1(b);

ATAU

3. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan  kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).

 

CARA UNTUK MOHON

  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

BORANG YANG BERKAITAN