Datuk Soh Chin Aun, Lagenda Negara Yang Dinobatkan Sebagai Nombor Satu Dunia
# Trending Semasa # Others

Datuk Soh Chin Aun, Lagenda Negara Yang Dinobatkan Sebagai Nombor Satu Dunia

post by MJ

by MJ

Aug 4, 2021
pada 8:07 AM

Datuk Soh Chin Aun, Lagenda Negara Yang Dinobatkan Sebagai Nombor Satu Dunia!

Datuk Soh Chin Aun, siapa yang tak kenal dengan pemain kebangsaan era 70an ini. Memulakan karier bola sepak beliau pada tahun 1969 sehingga 1984. Beliau lebih dikenali sebagai “Tauke” merupakan seorang lagenda negara kita yang berasal daripada Alor Gajah, Melaka. Beliau juga adalah merupakan rakan seperjuangan bersama Allahyarham Mokhtar ahari, lagi seorang lagenda bola sepak negara Malaysia

 

FIFA MENGIKTIRAF DATUK SOH CHIN AUN SEBAGAI PEMEGANG CAPS TERTINGGI DALAM REKOD FIFA!

Dengan pengiktirafan ini, beliau mengetepikan nama nama lain seperti Bader Almotawaa, dari Kuwait dan juga pemain pemain yang lain. Antara pemain pemain zaman moden yang masih beraksi yang terdapat dalam senarai kita boleh lihat adalh pemain seperti bintang terkemuka Juventus, Cristiano Ronaldo. Beliau masih lagi aktif bermain untuk negara nya sehingga sekarang. Melihat keadaan fizikal Cristiano Ronaldo yang macam terminator tak ditelan usia langsung, kami peminat bola sepak boleh menjangkakan bahawa Cristiano Ronalto akan mampu bersaing merebut tempat dalam Caps tertinggi bagi skuad kebangsaan! Beliau kini mempunyai Caps sebanyak 179 dan di ranking pertama Datuk Soh Chin Aun mempunyai 195 caps kebangsaan. Nama nama lain pemain bola sepak moden kini, kita boleh lihat seperti Sergio ramos, dari Spain, Buffon dari Itali dan ramai lagi.

Dengan pengiktirafan ini min, sebagai peminat bola sepak negara Malaysia berharap, ramai player muda yang mampu bersaing dan fit walaupun sudah berusia. Semoga player muda kita mampu untuk bersaing menjadi gergasi Asia suatu hari nanti. 

Selain dari Datuk Soh Chin Aun, ramai lagi lagenda bola sepak negara kita yang tersenarai mempunyai caps yang banyak untuk skuad kebangsaan negara. Antaranya- 

 

SENARAI 7 PEMAIN DENGAN KAP TERTINGGI HARIMAU MALAYA YANG DIIKTIRAF DALAM KELAB ABAD FIFA

1. Datuk Soh Chin Ann - 195 caps

2. Datuk Abdul Shukor Salleh - 163 caps

3. Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari - 138 caps

4. Mendiang Datuk R Arumugam - 131 caps

5. Zainal Abidin Hassan - 116 caps

6. Mendiang Datuk M. Chandran - 115 caps

7. Datuk Santokh Singh - 100 caps