Fresh Grad, Elak 5 Silap Ni Bila Dah Bergaji!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Fresh Grad, Elak 5 Silap Ni Bila Dah Bergaji!

post by MJ

by MJ

Oct 18, 2021
pada 10:38 AM

Pengurusan wang memainkan peranan penting terutamanya untuk fresh graduate yang baru menapak dalam dunia korporat dan tengah sedap dapat gaji besar.

Bila dah bergaji besar ni, mulalah perbelanjaan pun makin besar kan? Sempena bulan literasi kewangan, jom ikuti perkongsian FinancialFaiz dan fahamkan mana silap korang dalam mengurus gaji baru tu!

Elak beli kereta!

Ini silap utama kebanyakan fresh grad. Kalau korang ada kereta yang masih elok dan boleh lagi dipakai – teruskan je pakai kereta tu.

Kereta ni merupakan salah satu perbelanjaan yang besar dari segi kos sebab korang bukan je kena peruntukkan sebahagian dari gaji untuk bayar balik hutang Tapi dibebankan lagi dengan minyak, bayaran tol, insuran dan sebagainya.

Kalau terdesak sangat nak beli kereta baru, belilah ikut kemampuan! Tanya balik diri sendiri – gaji RM2,500 ni mampu tampung tak semua perbelanjaan tu? 

Elak ambil personal loan!

Sebelum apa-apa, pergi didik diri sendiri dulu biar faham apa benda personal loan ni. 

Personal loan atau pinjaman peribadi adalah sejumlah wang dengan faedah yang dipinjamkan oleh bank kepada peminjam untuk jangka masa yang tetap. Pinjaman mesti dibayar balik secara ansuran tetap, setiap bulan hingga akhir tempoh.

Bukan tu je, personal loan ni mempunyai kadar faedah yang paling tinggi. Jadi sebaiknya, korang patut mohon personal bila perlu je! Maksud bila perlu dekat sini adalah waktu kecemasan, contoh: mak korang sakit dan kos perubatan luar dari kemampuan korang – waktu ni boleh pertimbangkan untuk ambil personal loan tapi kalau boleh… elaklah tau!  

Elak ambil insurance + investment!

Eh? Bukan patut ambil ke insuran dan melabur ni? Ya, betul! Tapi mengikut perkongsian saudara Faiz, adalah lebih elok kalau korang asingkan dua skop ni!

Asingkan insuran dan asingkan pelaburan – elak terjebak dengan konsep insuran sekali pelaburan sebab korang mungkin akan kena keluarkan kapital yang besar.

Dah memadai kalau korang ada medical card dan hibah. Untuk pelaburan pula, korang boleh je mula dengan ASB lagipun ASB kan dah boleh daftar online!

Elak masuk skim pelaburan!

Investment scheme atau skim pelaburan dekat sini adalah skim yang bagi korang percaya RM1,000 boleh convert ke RM5,000. Ya, memang boleh tapi bukan sekelip mata ok!

Kalau korang baru nak berjinak dengan pelaburan, pastikan perbadanan yang korang nak melabur tu disokong dengan Bank Negara Malaysia (BNM) seperti ASB, SSPN dan lain-lain. 

Kena ingat – tak ada cara mudah nak terus kaya! Kalau ada pun, ingat orang nak kongsi ke? 

Elak beli rumah!

Haa, ini pun item panas dalam senarai perbelanjaan fresh grad sebab asyik kena tibai, “Dah 24 pun tak mampu beli rumah ke?”

Jangan terpengaruh, kawan-kawan! Itu semua ayat nak bakar korang semua. Kena ingat yang jalan hidup setiap orang tak sama. Rumah ni pula belanja terbesar dalam seumur hidup korang!

Kalau boleh, belajar dulu ilmu hartanah dan jangan terburu-buru! Bayangkan korang beli rumah dekat Bangi, tapi dapat offer kerja luar negara – rumah tu nak buat apa? Ingat senang nak sewa rumah? Kalau dapat penyewa yang tak reti jaga rumah pula, macam mana?

Tepuk dada, tanya selera – belanja ikut poket bukan ikut trend!