HR INI KONGSI KENAPA PENTINGNYA SEMAK KONTRAK PERJANJIAN KERJA
# Pengetahuan Pekerja

HR INI KONGSI KENAPA PENTINGNYA SEMAK KONTRAK PERJANJIAN KERJA

post by MJ

by MJ

Sep 21, 2021
pada 8:18 AM

HR INI KONGSI KENAPA PENTINGNYA SEMAK KONTRAK PERJANJIAN KERJA

Penulis - Naqiudin

 

Wah! Bila dah tawaran kerja ni, mesti kita excited kan? Yelah, kadang-kadang tu banyak dah temuduga yang kita pergi tapi masih belum ada rezeki. Buat yang sudah bekerja, mesti masa mula-mula korang masuk ofis korang diberikan sebuah kontrak perjanjian kan? Agak-agak sebelum sign kontrak tu ada baca dulu tak?

Penting tau untuk korang baca setiap perjanjian yang ada dalam kontrak tersebut. Nak tau kenapa? Jom tengok perkongsian daripada HR ni. Mungkin pernah berlaku dimana tawaran untuk bekerja semasa sesi temuduga dan juga di dalam kontrak perjanjian tidak sama.

Jadi apa perlu buat?

Menurut perkongsian @kerjajer, kontrak yang ditandatangani itulah yang bakal melindungi kita dan juga akan melindungi pihak majikan. Ia juga merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan oleh setiap perniagaan kerana termaktub di bawah akta employment regulation 1957. 

Tambahnya juga, perkara yang perlu ada dalam employment regulation 1957 itu merupakan apa yang dituntut dalam undang-undang dan bukannya sesuatu yang demand dari pekerja.

Ha! Jadi, korang ada masalah ke dengan kontrak perjanjian pekerjaan? Admin harap tiadalah ye.