Huawei MatePad Pro Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
# Gaya Hidup

Huawei MatePad Pro Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Mar 27, 2020
pada 2:15 AM

Huawei Malaysia pada hari ini telah mengumumkan dimana mereka akan menawarkan tablet terbaru mereka iaitu MatePad Pro tidak lama lagi.

Dari segi spesifikasi, Huawei MatePad Pro berjaya menawarkan spesifikasi yang tinggi khusus buat para pengguna yang dahagakan kuasa pemprosesan yang hebat. Model ini dikuasakan dengan skrin 10.8-inci dengan paparan 2K QHD.

Processor yang digunakan Huawei MatePad Pro adalah Kirin 990 dan digandingkan dengan RAM 8GB RAM beserta ruang storan 256GB. Model ini turut disertakan dengan bateri berkapsiti 7,250mAh beserta sokongan pengecasan pantas 40W. Turut hadir bersama model ini adalah sokongan aksesori papan kekunci bagi meningkatkan produktiviti pengguna.

Setakat ini masih belum diketahui tarikh pelancaran rasmi serta harga yang bakal ditawarkan buat Huawei MatePad Pro. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Huawei Malaysia.