[TERKINI] - Individu Yang Hilang Sumber Pendapatan Boleh Mohon Bantuan Khas Bekalan Makanan Di Sini
# Trending Semasa

[TERKINI] - Individu Yang Hilang Sumber Pendapatan Boleh Mohon Bantuan Khas Bekalan Makanan Di Sini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 1, 2020
pada 11:11 AM

Individu yang hilang punca pendapatan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 boleh membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan khas bekalan makanan menerusi Tabung Bantuan Covid-19 NADMA.

 

 

A) Siapa yang boleh mohon?

  • Rakyat Malaysia / Individu yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan bekalan makanan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

B) Bagaimana nak mohon?

  • Hubungi Talian Kasih di 15999 ATAU Whatsapp Talian Kasih di 019-261 5999
  • Hubungi Bilik Gerakan JKM Negeri / Daerah (Waktu operasi 8.30pagi - 5.30ptg)

 

C) Apakah maklumat yang diperlukan?

  • Nama
  • No. kad pengenalan
  • Alamat rumah
  • Bilangan ahli keluarga yang berada dalam alamat tersebut
  • Nombor yang boleh dihubungi