Jadikan 'Video Viral' Sebagai Kerjaya, Kokom Kongsi Pengalaman Awal Sebelum Berjaya
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Jadikan 'Video Viral' Sebagai Kerjaya, Kokom Kongsi Pengalaman Awal Sebelum Berjaya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 21, 2019
pada 10:47 AM

Bila sebut saja nama Kokom, siapa saja yang tak kenal, kan? Video-video yang dihasilkan oleh beliau bersama-sama rakan sepasukan sering kali mendapat sambutan orang di luar sana. Bagi menyelami perjalanan kerjaya beliau sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, Team Maukerja mendekati saudara Kokom untuk merungkai kisahnya dalam segmen MauSembang. 

 

 

Boleh perkenalkan diri dan latar belakang?

Nama panggilan saya, Kokom. Saya lepasan sekolah saja. Saya ditawarkan untuk bekerja di kedai graphic design dan saya ambil peluang semasa saya kerja tu untuk saya belajar. Kita boleh earn money dan dalam pada masa yang sama kita boleh belajar. 

Pada awalnya, nak cari pelakon ataupun nak upah orang, kita tak mampu sebab tak berkemampuan nak bayar. Kalau boleh, saya di belakang tabir pun takpe. Tapi pada masa tu, kita tiada pilihan sebab itulah modal dan bajet yang kita ada. 

 

Boleh ceritakan permulaan berkecimpung dalam bidang ini?

Dulu untuk dapatkan satu video yang boleh bayar RM1,800 pun susah. Pada masa tu, target saya, saya nak satu video kalau boleh orang bayar dalam RM3,500. Kita kena teruskan untuk buat sebab sampai satu masa kita akan jumpa client yang tepat. 

Bila dah masuk dunia viral, orang pun makin kenal, jadi kita kena upgradekan ilmu yang kita ada. Kita survey harga pasaran, jadi baru kita boleh letak diri kita dekat mana. 

Ada je video saya yang pernah dikritik dan saya takdelah rasa apa-apapun. Bagi saya, selagi video yang saya buat tu betul dan tak melanggar syariat yang ditetapkan, kenapa kita nak takut? Tapi kalau saya buat salah, saya akan akui kesilapan saya dan kenapa kita nak pertahankan, kan? 

Saya mempunyai dua guru, satu agama, kedua bisnes. Jadi kalau ikutkan guru agama, sepatutnya dia sajalah. Kita tak boleh paksa orang untuk faham. Siapa yang tak faham, takpelah. 

 

Apa tujuan dan hala tuju Kokom bila memasuki bidang ini?

Antara misi saya, sambil kita promosikan produk, apa kata kalau saya jadi salah seorang yang bagi mesej yang bermanfaat terutamanya berkaitan agama. 

Untuk mereka di luar sana yang berminat untuk mendalami apa yang saya buat ni, mungkin mereka hanya nampak duit je. Hakikatnya, tak semudah itu. 

Makna kejayaan bagi saya adalah apabila mesej yang kita bawa tu sampai kepada orang ramai dan penonton di luar sana. Dalam team saya, mereka ada keluarga dan masing-masing mempunyai impian. Kalau boleh saya nak sama-sama bantu mereka untuk dapatkan impian mereka juga. Itulah kejayaan yang saya idam-idamkan tapi masih belum tercapai lagi. 

 

Nasihat untuk orang di luar sana yang ingin memilih bidang ini sebagai kerjaya?

Bagi orang di luar sana yang ingin menjadikan peluang di media sosial sebagai kerjaya, saya nasihatkan supaya anda diluar sana fikir bagaimana untuk menjadikannya sebagai bisnes yang berstruktur. Jangan fikir, 'Oh aku nak buat duit, aku nak popular, aku nak kaya sorang, sebab sebenarnya ia tak semudah itu...''