Kami Dedahkan Apa Sebenarnya Majikan Buat Dengan Reference List Yang Ada Dalam Resume
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa

Kami Dedahkan Apa Sebenarnya Majikan Buat Dengan Reference List Yang Ada Dalam Resume

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 5, 2021
pada 9:53 AM

Apa sebenarnya yang ada pada resume ni? Penting sangat ke kalau nak mohon kerja? Kalau tak bawa resume sewaktu temuduga satu kesalahan besar ke? Apa sebenarnya yang recruiter cari dalam resume kerja ni? Bagaimana dengan sekeping kertas ini boleh menceritakan bagaimana layaknya seseorang calon itu terhadap sesuatu pekerjaan? Wow, banyak betul persoalan yang bermain di minda ya? Hehe..

Jangan risau, sebab kami pun nak tahu juga apa sebenarnya yang recruiter lakukan terhadap resume ni. Adakah ianya sekadar keperluan untuk menghadiri proses temuduga untuk nak cukupkan syarat je atau pun memang ianya penting? Kalau korang tertanya-tanya apa yang recruiter lakukan pada resume korang, teruskan membaca:

1. Recruiter mahu lihat references untuk 'judge' skill yang ada

Dalam resume perlu diletakkan info references list kan? Recruiter perlukan sangat reference list ni sebab dia mahu mensahihkan beberapa perkara. Mana lah tahu, calon tu bukan main lagi cakap ada skill itu ini dan rupanya dia sembang kencang je. Untuk kepastian, recruiter boleh telefon reference list yang disediakan dan tanya sendiri adakah benar. 

Cara recruiter tanya pada references ni senang je, dia akan gunakan kaedah checklist dan tanyakan pada reference untuk ranking setiap skill dari yang paling bagus sampai ke tahap lemah serta berikan penjelasan. Jadi reference tidak boleh lah sekadar memberitahu yang "oh calon itu memang bagus. Dia pasti akan lakukan kerja yang terbaik."Perlu specific dan secara detail ya. 

2. Recruiter nak double-check betul ke tak apa yang korang cakapkan

Apabila recruiter menelefon reference, mereka bukan hanya nak dengar perkara-perkara baik mengenai calon. Sebaliknya, mereka nak gali dalam-dalam dan buat research adakah selari apa yang korang beritahu dengan info yang disediakan oleh reference. 

Jika reference berikan recommendation yang buruk, ini memang akan berikan impak besar kepada calon. Sebab itu lah jangan sesekali menipu recruiter, mereka ada je sumber untuk nak dapatkan kepastian tau.

Selain itu, recruiter nak test juga apa yang korang cakapkan tu sama tak dengan apa yang tertulis dalam resume. Mana lah tahu terkantoi baca skrip, tak sama langsung dengan point dalam resume. 

3. Recruiter nak tahu sikap sebenar korang di office

Nak tahu kenapa pentingnya resume itu selain daripada nak semak kredibiliti dan maklumat peribadi? Recruiter paling mementingkan reference list. Sebab itu lah jangan ambil mudah dengan siapa yang korang senaraikan sebagai references ni. Dinasihatkan agar korang berikan reference yang memang korang benar-benar kenali atau rapat untuk memastikan kualiti data yang diberikan.

Recruiter akan lihat bagaimanakah "sikap sebenar" korang di office lama. Adakah dia jenis panas baran? Boleh dipercayai? Dan sebagainya. Jadi ingat ya, apabila recruiter menelefon reference korang, ianya bukan petanda buruk, tetapi baik. Tidak perlu takut dan gelabah. Recruiter menelefon reference korang bukan atas sebab kepercayaan, tetapi korang bakal memasuki aras "bakal diterima bekerja", mereka sudah bersedia untuk berikan offer letter cuma perlukan kepastian sahaja.

Sekarang korang sudah tahu kan apa yang recruiter lakukan pada resume korang? Mereka bukannya kumpul resume tu untuk nak dihantar ke pusat kitar semula, dan bukan juga atas syarat. Tetapi memang ianya penting dan amat diperlukan terutama sekali bahagian references list.