Kerja Kosong Penang Di Starbucks! Pendapatan 'Masyuk' RM1,600, Elaun, OT & Makan FREE Lagi!
# Jenis Pekerjaan

Kerja Kosong Penang Di Starbucks! Pendapatan 'Masyuk' RM1,600, Elaun, OT & Makan FREE Lagi!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 16, 2019
pada 8:26 PM

Di Starbucks, suasana kerja yang kondusif dan moden sangat dititikberatkan selaras dengan situasi kerja pada masa kini. Budaya kerja di sini juga cukup dijaga dengan menerapkan pelbagai nilai murni sesama staf supaya masing-masing dapat bekerja dalam suasana yang harmoni dan tenang. Ini sekali gus akan mewujudkan mutu kerja yang lebih berkualiti dan memuaskan kehendak pelanggan.

Khusus bagi mereka yang menetap di Penang, mungkin agak sukar bagi anda untuk mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji yang berbaloi. Tetapi jika anda mohon kerja dengan Starbucks, bukan saja pendapatan lumayan, malah pelbagai manfaat menarik bakal disediakan untuk anda!

Pendapatan yang ditawarkan RM1,600 dan diselangi dengan pelbagai manfaat menarik seperti OT dan elaun, peningkatan kerjaya sebagai Supervisor dan banyak lagi! Lebih menguntungkan, makan dan minum staf semuanya PERCUMA setiap hari! Tiada pengalaman? Tiada masalah kerana on job training turut disediakan bagi meningkatkan skil seseorang barista. 

Untuk maklumat selanjutnya dan berminat untuk mohon jawatan ini, boleh baca maklumat selanjutnya di bawah:

 


 

BARISTA

(Pendapatan Sehingga RM1,600*)

 

Kelayakan

  • Minimum SPM
  • Tiada pengalaman pun boleh mohon kerana latihan disediakan
  • Mesra pelanggan

 

Tanggungjawab

  • Berinteraksi dengan pelanggan
  • Beri cadangan mengenai makanan, minuman dan merchandise
  • Beri layanan dan servis terbaik kepada semua pelanggan
  • Menyediakan makanan dan minuman yang berkualiti kepada pelanggan

 

Manfaat Tambahan

  • Makan & minum PERCUMA
  • OT & Elaun
  • Peningkatan kerjaya kepada Supervisor
  • Manfaat perubatan
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Uniform disediakan
  • Manfaat staf yang eksklusif!

 

Lokasi kerja: 

  • Starbucks Bukit Mertajam (Caltex Juru) - Cawangan baru

 


 

Tawaran pendapatan lumayan, pelbagai manfaat diberikan, makan 100% ditanggung, siap ada latihan disediakan lagi tau!

Beruntung betul kalau berpeluang kerja di sini. Memang rugi kalau tak mohon!

Selagi peluang masih terbuka ni, baik anda rebut peluang ini segera.