Korang Dah Tahu Ke Belum? Status Permohonan BPN 2.0 Dibuka Hari Ini, Cepat Semak Sekarang!
# Trending Semasa

Korang Dah Tahu Ke Belum? Status Permohonan BPN 2.0 Dibuka Hari Ini, Cepat Semak Sekarang!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 15, 2020
pada 12:09 PM

Permohonan Baru

Permohonan BPN 2.0 akan dibuka hari ini 15 Oktober sehingga 15 November (sebulan).

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi bpn.hasil.gov.my atau secara manual melalui borang permohonan BPN baru (link dibawah)

Bagi permohonan baru, sekiranya anda lulus, pembayaran akan dibuat sekaligus pada Januari nanti.

Syarat Kelayakan

Siapa yang layak memohon BPN 2.0?

Semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan belum pernah memohon BPN sebelum ini layak memohon.

Kategori BPN 2.0 B40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Kategori M40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

Dokumen Diperlukan

Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan.

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Semakan Status

Semakan BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober di portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Untuk membuat semakan anda perlu log masuk ke sistem tersebut.

Sekiranya terlupa kata laluan, perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan.

Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.