Lelaki Ini Dakwa Neelofa Hidap Penyakit Kecelaruan Personaliti, Betul Ke? Ini Bahaya Dan Kesan Tentang Penyakit Ini
# Others

Lelaki Ini Dakwa Neelofa Hidap Penyakit Kecelaruan Personaliti, Betul Ke? Ini Bahaya Dan Kesan Tentang Penyakit Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 8, 2021
pada 12:23 AM

BARU-baru ini terlalu banyak kecaman terhadap selebriti terkenal, Hajjah Noor Neelofa Muhamad Noor sejak beliau didapati melanggar SOP ketika mengadakan majlis perkahwinan yang diadakan di sebuag hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Lelaki Ini Dakwa Neelofa Hidap Penyakit Kecelaruan Personaliti, Betul Ke? Ini Bahaya Dan Kesan Tentang Penyakit Ini

Tidak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan kritikan apabila pasangan selebriti itu ke Langkawi yang dikatakan bagi tujuan honeymoon. Namun begitu, pihak Neelofa telah menafikan dakwaan kerana tujuan sebenar adalah bagi membuat lawatan kerja.

Ekoran dari itu, timbul spekulasi dan perbincangan netizen mengenai sikap Neelofa ini yang dikatakan memiliki kecelaruan personaliti. Lelaki tersebut, Putera Nur Muhammad Raihan mendakwa, beliau telah membuat teori terbabit berdasarkan pemerhatian yang dibuat selama ini.

Namun begitu, kami di sini tidaklah berminat dengan teori begini. Tetapi, kami lebih suka untuk memberi kesedaran kepada pembaca diluar sana mengenai penyakit yang digelar Narcissistic Personal Disorder (NPD).

 

Apa itu Narcissistic Personal Disorder (NPD)?

NPD atau dikenali sebagai Narcissistic Personal Disorder merupakan penyakit yang berkait rapat dengan masalah mental. Bahaya Penyakit Narsistik

NPD merupakan gangguan keperibadian dimana seseorang itu menganggap dirinya tersangatlah penting dan memiliki keinginan yang berlebihan untuk dikagumi lebih dari orang lain. Parahnya tentang penyakit ini apabila seseorang itu terlalu percaya diri sendiri tetapi tidak menghargai perasaan orang lain. 

“Pesakit NPD tidak bimbang dan juga peduli atas tindakan mereka bermaksud mereka tiada penyesalan atau rasa bersalah atas apa yang mereka lakukan lebih lagi jika ianya memberi kesan buruk kepada orang lain,” menurut pakar psikologi, Whitney Hawkins.

 

Ciri-ciri pesakit Narcissistic Personal Disorder (NPD)

1. Menilai diri sendiri terlalu tinggi dibandingkan orang lain secara berlebihan

2. Memiliki keinginan yang melampau untuk selalu dipuji atau dikagumi

3. Memanfaatkan orang lain untuk mendapatkan apa yang diinginkan

4. Merasa cemburu terhadap orang lain dan merasa orang lain cemburu terhadap diri sendiri

5. Cepat merentan/ meroyan


Sumber Gambar: Facebook Public Health Malaysia
 

Penyebab seseorang mendapat penyakit Narcissistic Personal Disorder (NPD)

1. Berpengalaman/ ada sejarah yang sering di kutuk atau dikritik berlebihan dan mereka berasa takut dan gagal

2. Selalu dibanding dengan orang lain dan mereka berasa tercabar dengan perbandingan tersebut

 

Cara rawatan 

Tiada ubat-ubatan sebenar yang dihasilkan tetapi orang yang menghidap penyakit ini disarankan untuk menjalani terapi sendiri dirumah seperti;

1. Selalu terbuka dan banyakkan bersosial dengan orang lain.

2. Belajar mengenai ilmu NPD supaya boleh sentiasa alaert dengan gejala dan juga mendapatkan rawatan yang sesuai

3. Kunjungi pusat kesihatan apabila anda terfikir untuk menyakiti diri anda sendiri atau orang lain.

4. Belajar untuk kurangkan stres dengan meditasi atau yoga.

Jika korang ada ciri-ciri seperti diatas, dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar dan kenalpasti masalah personaliti sebenar yang dihadapi. Penyakit ini tidak boleh dipandang ringan kerana bukan sahaja boleh mudaratkan diri sendiri tetapi orang sekeliling juga tanpa disedari.