McDonald's Restaurant Industry Trainee Program Dengan Elaun Bulanan RM1,000-RM1,400 & Siap Sijil! Terbuka Seluruh Malaysia!
# Jenis Pekerjaan

McDonald's Restaurant Industry Trainee Program Dengan Elaun Bulanan RM1,000-RM1,400 & Siap Sijil! Terbuka Seluruh Malaysia!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 15, 2019
pada 11:49 AM

Ada tak dekat sini student yang tengah cari tempat intern tapi belum lagi dipanggil untuk temuduga? Buat korang semua, ini peluang terbaik yang takkan korang dapat kat mana-mana tau! McDonald’s kini membuka peluang kepada adik-adik yang kini sedang belajar dalam bidang F&B untuk menjalani latihan praktikal di restoran McDonald's berserta elaun bulanan sebanyak RM1,000 - RM1,400!

Bukan itu je, Mcdonald’s juga menawarkan banyak manfaat kalau korang jadi intern kat sini. Tambahan, korang tak perlu risau pasal perbelanjaan sebab McDonald’s akan tanggung makan dan minum selama korang bekerja di sini sebagai intern, jimat duit breakfast dan lunch kan. Bukan lah makanan je dapat free, pengetahuan dalam bidang F&B pun korang akan dapat sebab Mcdonald’s ni kan antara brand yang paling digemari ramai kerana servisnya yang tip-top, jadi tak rugi pun kalau korang mohon sekarang!

Berminat nak mohon tapi tak tahu macam mana? Korang cuma perlu klik link dekat bawah ni and terus mohon segera!

 


 

 

Restaurant Industry Trainee Program

 

Kelayakan:

Diploma/Ijazah dalam bidang berkaitan - F&B, Pegurusan Peruncitan, Pengajian Perniagaan, Komunikasi, Pengurusan Industri Halal dan lain-lain yang berkaitan.

  • Boleh mengikuti ‘On Job Training’ shift dan hujung minggu.

  • Minimum tempoh latihan industri 3 bulan atau ‘On Job Training’.

     

    Skop Kerja:

    Akan didedahkan suasana kerja dan sistem yang diguna di McDonald’s.

  • Membina jati diri dan kredibiliti dalam diri supaya dapat memberikan Kualiti, Perkhidmatan, Kebersihan dan Nilai yang cemerlang (QSC & V).

  • Akan dilatih supaya mendapat peluang menjadi Pengurus Cawangan pada masa hadapan.

     

    Manfaat :

    Elaun bulanan RM1,000 - RM1,400

  • Uniform Disediakan

  • Kemudahan Perubatan

  • Makanan Disediakan

  • Sijil Pengendali Makanan (Food Handler Certification) Tajaan McDonald’s

  • Suntikan Typhoid Percuma

  • Sijil Latihan McDonald’s

     

    Lokasi Kerja :

    • Restoran McDonald’s Di Seluruh Malaysia (*Tertakluk kepada kekosongan cawangan)

     

     

    Bagi yang tengah mencari tempat untuk internship, mohonlah di sini sekarang!