Menjelang 2020 Ini, Mungkin 4 Kandungan Ini Dah Tak Relevan Dalam Resume
# Pengetahuan Pekerja

Menjelang 2020 Ini, Mungkin 4 Kandungan Ini Dah Tak Relevan Dalam Resume

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 20, 2020
pada 11:47 AM

Masa makin berjalan, dah nak amsuk 2020 dah, kalau kita sedar industri sekarang makin sibuk, tidak lagi seperti dulu. Majikan sekarang hanya mahukan sesuatu perkara yang 'ringkas tapi padat'. Salah satu contoh paling ketara adalah resume untuk kita mohon kerja, kita semua tahu bahawa majikan kini lebih gemar resume yang tidak melebihi 3 muka surat.

Lagi pendek, lagi bagus! Namun butiran-butiran peribadi amatlah penting untuk diletakkan bagi memperkenalkan kepada majikan. Kalau sebelum ini segelintir butiran dianggap penting dalam resume, tapi bila dah masuk 2020. Butiran ini sudah dianggap lapuk, lihat apa butiran tersebut dan update resume anda sekarang!

1. Buang Butiran Lanjut Semasa Zaman Kolej

Terlalu banyak details mengenai zaman kolej menganggu ruang dalam resume anda. JIKA ANDA BUKAN GRADUAN MUDA butiran ini dah tak relevan lagi bagi majikan. Mereka takkan pandang lagi segala penglibatan kurikulum, ahli kelab persatuan, CGPA semua itu. 

2. Bahasa

Majikan dah tak hairan dengan bahasa lagi dah, melainkan kerja yang anda mohon ada melibatkan penggunaan bahasa. Boleh diterima pakai lagi kalau anda ada bahasa ketiga, tapi kalau tiada tak perlu beritahu pun tak apa. Ikutkan logik, boleh dikatan semua industri memerlukan anda fasih dalam Bahasa Melayu & Inggeris.onton video penuh disini

3. Internship & Anugerah Penghargaan 

Releven tak semua ini dalam kerja baru? Kalau tak, buang! Tapi jangan lupa bahagian ini kalau semua ini ada kaitan dengan bidang kerja baru tu.

 

4. Tempoh Perkhidmatan Kerja Untuk Mengukur Tahap Pengalaman

Berapa lama anda dah kerja di sesebuah syarikat bukan lagi aset utama untuk mengukur 'kehandalan' kerja anda. Ia hanyalah sebagai jangkaan untuk membuat perundingan gaji sahaja.