'Open Interview' Texas Chicken Di PJ! TIGA Jawatan Kosong, 'Income' Hingga RM2,600, Ada Insentif Lagi!
# Jenis Pekerjaan

'Open Interview' Texas Chicken Di PJ! TIGA Jawatan Kosong, 'Income' Hingga RM2,600, Ada Insentif Lagi!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 6, 2019
pada 11:41 AM

Untuk lepasan Diploma di luar sana, Texas Chicken kini sedang mencari anda untuk isi jawatan kosong di cawangan Petaling Jaya! Kali ini bukan satu tetapi ada TIGA jawatan kosong yang korang boleh mohon iaitu Pengurus Pelatih, Penolong Pengurus Restoran dan Pengurus Restoran. 

Pendapatan yang ditawarkan cukup lumayan sehingga RM2,600 sebulan! Eh, bukan tu saja, manfaat tambahan turut disediakan termasuklah insentif dan bonus menarik, manfaat perubatan dan insurans serta tanggungan makan bagi setiap shift tugasan!

Jadi bagi jobseeker yang tinggal di sekitar KL dan Selangor, jangan lupa hadirkan diri ke Temuduga Terbuka Texas Chicken yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini. Untuk dapatkan info lanjut dan taknak terlepas peluang ke temuduga ini, klik terus link di bawah:

 


 

TEMUDUGA TERBUKA

PENGURUS PELATIH / PENOLONG PENGURUS RESTORAN / PENGURUS RESTORAN

 

Tarikh Temuduga Terbuka: 27 & 28 Mei 2019

Lokasi Temuduga: Texas Chicken Malaysia Sdn Bhd (HQ), The Envictus

Masa Temuduga : 10pg – 4 ptg

 

PENOLONG PENGURUS RESTORAN: KLIK SINI UNTUK INFO TEMUDUGA

PENGURUS RESTORAN: KLIK SINI UNTUK INFO TEMUDUGA

 


 

KELAYAKAN

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam mana-mana bidang
  • Fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Bersikap professional & berorientasikan khidmat pelanggan
  • Boleh bekerja syif, hujung minggu dan cuti umum
  • Mempunyai keterampilan menarik dan personality yang baik
  • Pemohon haruslah warganegara Malaysia atau berstatus Permastautin Tetap

 

MANFAAT TAMBAHAN

  1. EPF
  2. Socso
  3. Latihan Diberikan
  4. Pakaian Seragam Disediakan
  5. Asrama Disediakan Bagi Yang Memerlukan
  6. Insentif & Bonus Menarik
  7. Perubatan & Insuran
  8. Hidangan Makanan Untuk Setiap Shift Tugasan

 


 

Jadi sesiapa yang tinggal di sekitar KL & Selangor, 

korang jangan terlepas ke temuduga terbuka Texas Chicken di Petaling Jaya ni ya!