Pekerjaan Bergaji Tinggi Yang Tidak Memerlukan Ijazah, Jangan Terkejut No 5 Tu!
# Pengetahuan Pekerja

Pekerjaan Bergaji Tinggi Yang Tidak Memerlukan Ijazah, Jangan Terkejut No 5 Tu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 7, 2021
pada 9:40 AM

MESTI KORANG ADA YANG TAHU TAPI ADA YANG KORANG TERKEJUT DENGAN PEKERJAAN INI

1. Juruterbang

Seorang juruterbang memainkan peranan yang penting dalam memikul tanggungjawab dan mereka harus mempunyai komitmen yang sangat tinggi. Kursus latihan yang ketat perlu dilalui berulang kali setiap enam bulan untuk mengekalkan lesen bekerja mereka.

Peranan juruterbang lebih daripada sekadar menerbangkan kapal terbang. Mereka perlu memastikan keselamatan para penumpang pesawat terjaga dengan baik sehingga tiba di destinasi yang dituju.

Sebab itu, mereka dilatih dengan baik supaya mereka dapat mengawal keadaan jika berlakunya perubahan cuaca dengan secara tiba-tiba. Kebiasaannya, gaji bagi seorang juruterbang ialah RM10,000 dan ke atas.

 

2. Penasihat Kewangan

Tugas penasihat kewangan adalah mencari pelanggan dan menasihati mereka mengenai perkara-perkara kewangan seperti membuat cadangan berkenaan cara-cara terbaik untuk menguruskan wang mereka.

Peranan ini melibatkan penyelidikan pasaran dan memberi nasihat kepada pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan, memastikan mereka menyedari dan memahami tentang keperluan mereka, dan kemudian mendapatkan jualan.

Kebiasaannya, gaji bagi seorang penasihat kewangan pula ialah RM3,000 dan ke atas.

 

3. Pengendali Pelantar Minyak

Pengendali pelantar minyak akan menyelia anak-anak kapal pelantar, dan bertanggungjawab dalam menyelia operasi harian di pelantar minyak.

Tugasnya adalah memberi jadual pekerjaan, mengenal pasti jika ada pemasangan baru yang perlu dibuat dan menjaga peralatan servis di pelantar minyak.

Pengendali pelantar minyak merupakan penyelaras yang sentiasa berhubung dengan semua krew di pelantar minyak. Kebiasaannya, gaji bagi seorang pengendali pelantar minyak ialah RM15,000 dan ke atas.

 

4. Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan

Pengetahuan dan kemahiran bagi seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan amat penting untuk mereka dalam menggalakkan budaya kesihatan dan keselamatan yang positif di tempat kerja.

Tugas mereka adalah untuk memastikan majikan dan pekerja mematuhi undang-undang keselamatan.

Mereka juga membantu untuk merancang, melaksana, memantau dan mengkaji semula langkah-langkah keselamatan, perlindungan dan pencegahan sesebuah syarikat.

Kebiasaannya, gaji bagi seorang pegawai keselamatan dan kesihatan ialah RM10,000 dan ke atas.

 

5. Chargeman

Tugas Chargeman ialah mengendali, menyenggara, merancang dan menyelia kemudahan dan pengurusan utiliti serta aktiviti operasi dalam premis syarikat.

Selain itu, Chargeman menyelesaikan masalah dan membetulkan kegagalan elektrik pada panel voltan, gen-set, peralatan elektrik, lampu, sistem pendawaian dan aksesori.

Mereka juga bertanggungjawab dalam mengamalkan dan mengikuti prosedur kerja, pengemasan, dasar keselamatan dan mematuhi semua undang-undang, peraturan yang berkaitan dengan sistem elektrik.

Kebiasaannya, gaji bagi pekerja Chargeman ialah RM5,000 dan ke atas.

 

6. Wireman

Tugas seorang wireman atau pendawai pula adalah berkenaan pemasangan dan pembaikan pendawaian elektrik. Seorang pendawai boleh bekerja dalam pelbagai ketetapan sama ada dalam kediaman ataupun dalam bidang komersial. 

Selain itu, pendawai memasang pendawaian elektrik dan pada masa yang sama memastikan keselamatan menerusi sistem perlindungan api. Kebiasaannya, gaji bagi seorang Wireman ialah mengikut jam iaitu satu jam bersamaan RM50 dan ke atas.