Program Sambung Belajar Seluruh Malaysia - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2 & 3! Hostel Disediakan!
# Jenis Pekerjaan

Program Sambung Belajar Seluruh Malaysia - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2 & 3! Hostel Disediakan!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 8, 2019
pada 3:46 PM

Masa sekarang ni memang ramai yang sedang berpusu-pusu mencari tempat belajar, kan? Maklumlah keputusan peperiksaan SPM dan STPM pun dah keluar. Dah ada tempat yang sesuai untuk sambung belajar? Kalau belum, jom sambung belajar dengan mengikuti Program Perantis Sistem Latihan Dual National (SLDN) anjuran McDonald's bernilai RM30,000, 100% ditaja sepenuhnya dan terbuka seluruh Malaysia.

Memang beruntung sangat kalau sambung belajar di sini sebab yuran 100% ditaja dan PERCUMA tau! Haa mana nak cari tempat belajar yang berikan yuran percuma masa sekarang ni? Kebiasaannya yuran untuk sambung belajar memang agak mahal. Bukan keistimewaan dari segi yuran je, malah anda turut diberikan makanan PERCUMA ketika waktu latihan, setiap bulan korang akan diberikan elaun sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan banyak lagi!

Risau tiada tempat tinggal? Jangan risau, kalau korang sambung belajar di sini, hostel PERCUMA turut disediakan tau. Jadi tak perlu risau tentang tempat tinggal lagi! Lagi satu, peluang kerjaya juga terbuka luas sebab korang akan ditawarkan kerja dengan McDonald's selepas berjaya menamatkan program ini. 

Macam-macam keistimewaan diberikan tau. Jadi korang jangan lepaskan peluang sambung belajar di sini! Terus saja klik link permohonan yang disediakan di bawah:

 


 

 

Apa Itu Perantis SLDN?

  • Perantis SLDN anjuran McDonald's ini adalah program pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran didalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan.

  • Selepas program selesai, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3.

 

Syarat Kelayakan

  • Berumur 17 tahun dan ke atas

  • Terbuka kepada perantis lelaki dan perempuan

  • Mempunyai kelayakan akademik PMR/SPM atau setaraf

  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan

  • Warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap

  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira

  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan

  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan inggeris

  • Mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga

 

Sijil Kemahiran Yang Bakal Diberikan

  • Sekiranya anda berjaya menamatkan program ini, anda akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Perkhidmatan Makanan (Food Services).

 

Senarai Tawaran Kursus

  • Pelatih akan dibahagikan kepada dua kursus pembelajaran iaitu Penyediaan Makanan dan Layanan & Pentadbiran, berikut adalah bab pembelajaran untuk semua pelatih:

 

(A) Penyediaan Makanan & Layanan :

  • Fast Food Safety - Health & Hygiene Practices
  • Fast Food Equipment Fire Up Activities
  • Fast Food & Beverages Preparation
  • Fast Food Customer Support Services
  • Fast Food Catering & Events Activities
  • Fast Food Cashiering Handling
  • Fast Food Product Receiving & Storing
  • Fast Food Deliveri Activities

 

(B) Pentadbiran :

  • Fast Food Administrative Operations
  • Fast Food Quality Control
  • Handling Customer Complaint In Fast Food Services
  • Fast Food Cash Controlling

 

Peluang Kerjaya Setelah Tamat Belajar!

  • Berbeza dengan program lain, program SLDN ini membolehkan anda memperoleh ilmu di samping mendapatkan kerjaya selepas tamat pengajian. Sekiranya anda mengikuti program ini, anda bakal mempunyai peluang yang cerah untuk dinaikkan pangkat menjadi seorang Pengurus selepas tamat pengajian.

 

Yuran PERCUMA, Elaun Bulanan RM1,200 & Banyak Lagi!

  • Pastikan anda memiliki akaun bank Maybank, kerana bayaran RM 1,200 sebulan akan diberikan kepada pelatih setiap hujung bulan! Bukan itu sahaja, pelatih akan menerima faedah perubatan dari Klik Panel tau! tak cukup dengan itu, ada perlindungan insurans siap dengan makanan percuma lagi!

  • Kursus Keselamatan Makanan juga akan ditaja sepenuhnya, bersertakan suntikan Typhoid.

 


 



 

Manfaat Tambahan

  • Bernilai RM30,000 & Ditaja 100%

  • Elaun RM1,200 

  • Hostel disediakan

  • Faedah Perubatan dari Klinik Panel

  • Pelindungan Insuran

  • Makanan percuma sepanjang proses pembelajaran

  • Kursus Keselamatan Makanan

  • Suntikan Typhoid

  • Sijil SKM tahap 2 dan 3 (akan dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan kursus)

 


 

Tarikh & Masa: 15 April 2019 (10am-5pm)

Lokasi: McDonald’s Malaysia (HQ)

Alamat:

Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd

Level 12A, Bangunan TH (Tabung Haji),

Damansara Uptown 3,

No 3, Jln SS 21/39,

47400 Petaling Jaya, Selangor.

KL / Selangor

Lokasi Kerja: Sekitar KL & Selangor

 


 

Apa tunggu lagi?

Klik terus link ini & MOHON DI SINI terus!

Jangan lepaskan peluang sambung belajar di sini!