RAMAI BARU TAHU, SIAPA LAHIR 1 JANUARI KENA LOMPAT SETAHUN AWAL!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

RAMAI BARU TAHU, SIAPA LAHIR 1 JANUARI KENA LOMPAT SETAHUN AWAL!

post by MJ

by MJ

Oct 18, 2021
pada 9:47 AM

RAMAI BARU TAHU, SIAPA LAHIR 1 JANUARI KENA LOMPAT SETAHUN AWAL!

Ditulis oleh: Nur Syamila Binti Kamarul Arefin

 

Ada segelintir daripada kita yang mengetahui sistem dinamakan kohort dikhaskan bagi mereka yang dilahirkan pada tanggal 1 Januari perlu masuk sekolah setahun awal dari kanak-kanak yang lahir pada tahun sama dengan mereka. Wah, kena lompat setahun awal, kelihatan seronok untuk kita kerana usia dinaikkan setahun tidak sama seperti rakan-rakan yang sama umur.

Sistem Kohort ini telah wujud sejak tahun 1998 menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan digunapakai dalam sistem pendidikan Malaysia yang dikongsikan oleh penceritatv di akaun Tiktok miliknya.

Namun ramai ibu bapa di luar sana tidak mengetahui akan sistem ini dan tak sedar. Bukan itu sahaja, guru-guru di sekolah juga tidak mengetahui mengenai sistem kohort.

Bagi mereka yang lahir pada 2 hingga 15 Januari, mereka boleh memohon untuk lompat setahun cumanya mereka ini  istimewa kerana boleh pilih sama ada nak lompat tahun ataupun sama seperti rakan-rakan lain.

Di ruangan komen rata-rata netizen tidak mengetahui sistem kohort ini wujud di Malaysia.

Ada juga yang berkongsi kisah mereka yang dinaikkan ke darjah 1 semasa umur 6 tahun. Mereka juga ingin mengetahui mengapa kerajaan membuat sistem kohort ini?