''Saya Ada Masalah Duit, Sebab Tulah Saya Nak Kerja Ni.'' Jangan Dedah 6 Perkara Ni Masa Interview Sebab...
# Pengetahuan Interview

''Saya Ada Masalah Duit, Sebab Tulah Saya Nak Kerja Ni.'' Jangan Dedah 6 Perkara Ni Masa Interview Sebab...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 28, 2021
pada 1:09 PM

''Saya Ada Masalah Duit, Sebab Tulah Saya Nak Kerja Ni.'' Jangan Dedah 6 Perkara Ni Masa Interview Sebab...

Terdapat beberapa perkara yang penting yang korang harus simpan sebelum diterima bekerja. Jika perkara-perkara ini diketahui oleh majikan, peluang untuk korang diterima bekerja adalah tipis. Jadi di sini terdapat 6 perkara yang paling mudah didedahkan oleh pemohon yang sememangnya akan menganggu proses permohonan korang daripada diterima bekerja. Jadi korang harus hati-hati!

1.Berapa Banyak Pekerjaan Yang Telah Korang Mohon

Memohon banyak pekerjaan selain daripada hanya satu adalah langkah yang bijak kerana korang mempunyai peluang-peluang untuk memilih pekerjaan yang terbaik apabila diterima. Namun menberitahu majikan yang korang juga sedang menunggu pekerjaan lain pada masa yang sama bukan la satu langkah yang wajar kerana majikan mula memandang anda sebagai seorang yang tidak serius dalam memohon pekerjaan.

 

2. Menyentuh Pasal Jumlah Gaji 

Gaji sudah tentunya perkara yang penting untuk para pekerja. Namun ketika memohon sesuatu kerja korang tak patut menyatakan jumlah wang gaji yang korang inginkan apabila diterima lebih-lebih lagi bila korang hanya baru lepasan graduan dan kurang berpengalaman. Majikan lebih tahu kadar gaji yang sepatutnya korang terima dan korang patut biarkan majikan yang membuat keputusan mengenai gaji.

3. Korang Sedang Dalam Masalah Kewangan

Desakan kewangan memerlukan korang unutk mendapatkan pekerjaan secepat mungkin. Ini menyebabkan korang kerja hanya untuk duit tetapi bukan kerana minat dengan pekerjaan itu sendiri. Majikan akan melihat korang sebagai seorang yang tidak mampu bertahan lama kerana bekerja hanya untuk duit!

4.   Memohon Hanya Untuk Memenuhi Kemahuan Gaya Hidup

Apabila korang mendedahkan bahawa pekerjaan yang sedang dimohon akan memenuhi kemahuan gaya hidup seperti mendapatkan gaji yang besar dan rumah yang mewah, majikan hanya akan melihat korang sebagai seorang yang hanya mementingkan title atau pangkat lebih daripada rasa minat dan kebolehan diri dalam melakukan kerja yang ditawarkan. 

5. Kesusahan Atau Kesenangan Dalam Mendapatkan Peluang Pekerjaan

Setiap pekerjaan atau syarikat mempunyai standard mereka yang tersendiri. Anda tidak boleh membeza-bezakan antara satu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain yang ditawarkan dari pelbagai agensi atau syarikat. Hal ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan impression atau minat majikan terhadap diri korang.

6. Peluang-peluang Yang Telah Dihampakan Semasa Pencarian Pekerjaan

Korang tak patut mendedahkan peluang-peluang pekerjaan yang telah korang tolak. Hal ini kerana majikan akan berfikir anda juga akan turut melakukan perkara yang sama jika diberikan peluang pekerjaan yang dimohon. Secara tidak langsung majikan menganggap korang hanya membuang masa!


Jom sertai Genting Skyworlds! Lebih 170 jawatan kosong disediakan. 

Pihak genting akan berada di seluruh semenanjung Malaysia untuk mengadakan sesi temuduga terbuka. Jika berminat, klik link dibawah untuk mengetahui Lokasi, Masa, sesi temuduga di negeri anda!