"Saya Boleh Buat Kartun UJANG Macam Animasi Upin-Ipin & Ejen Ali Tapi...'' - Kartunis Ujang [XperTalk]
# Gaya Hidup

"Saya Boleh Buat Kartun UJANG Macam Animasi Upin-Ipin & Ejen Ali Tapi...'' - Kartunis Ujang [XperTalk]

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

May 6, 2020
pada 10:07 AM

Korang pasti kenal kartonis Ujang yang popular zaman 90an dengan komeknya Ujang, Aku Budak Minang & juga majalah gila-gila. Baru-baru ini admin ada temubual dengannya mengenai kehidupan dia sekarang.

Seperti korang ketahui komek Ujang pernah menjadi antara komik kartun yang terlaris di Malaysia dengan jualan beratus ribu sehari. Majalah Ujang ialah majalah kartun humor di Malaysia. Ia lahir setelah pelukis dan kartunis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993.

Penerbitan majalah Ujang dan majalah kembarnya, Apo? dihentikan secara rasmi setelah penutupan MOY Publications Sdn Bhd pada 5 Ogos 2015. Bagaimanapun pada tahun 2002 Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anom terlibat dala krisis kewangan dan diisytiharkan musflis.

So apa yang terjadi padanya sekarang? Nak tengok boleh ke sini UJANG FACEBOOK


 

Menurut Ujang sewaktu ditanya mana lagi mudah melukis secara digital ataupun tradisional? Jujur dan tak nak hipokrit Ujang memberitu sebenarnya melukis secara digital lagi cepat dan & mudah.

"Kalau sebelum ini saya menghasilkan satu buku komek mengambil masa satu tahun, tetapi dengan melukis atas tab secara digital satu buku hanya mengambil tempoh 1 bulan sahaja"

Antara kebaikannya menurut Ujang adalah

1.Mudah 

2.Senang untuk padam sekiranya salah lukis

3.Tidak perlu membeli kertas dan berus

4. Cat banyak warna & boleh pilih sahaja tak perlu beli

5. Lebih pantas & Efektif

6. Boleh bawa kemana-mana tanpa beg besar

7. Diterima zaman sekarang memang digital konsep

8. Dapat hasilkan 1 buku 1 bulan

9. Boleh prin begitu sahaja tanpa memerlukan edit balik

10. Senang upload di media sosial

Walau bagaimanapun Ujang kata, korang yang tak pandai melukuis perlu secara manual terlebih dahulu keran sekiranya untuk belajar terus kepada digital ia akan memakan masa lama dan kualitinya juga kurang. "Saya juga mengambil masa hampir setahun untuk pandai melukis di digital"

Selain itu Ujang berkata, Digital dan Tradisional masing-masing ada kelebihan dan saya sudah merasa kedua-duanya. Ini adalah pendapat masing-masing tapi untuk pelukis diluar sana yang masih menggunakan secara lama teruskan kerana ia juga mempunyai nilai tersendiri. Kini ujang bekerja pelbagai kerja termasuk house boat di Tasik Kenyir Terengganu.
 

Walau bagaimanapun menurut Ujang dia akan buat Ujang menjadi movie sekiranya mempunyai DANA yang cukup. So korang haruslah support Abg UJANG kita dengan membeli majalahnya atau lukisannya. JOM SUPPORT UJANG!