[Panduan] - Semak Status & Isi Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Ikut Langkah Mudah Ini
# Trending Semasa

[Panduan] - Semak Status & Isi Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Ikut Langkah Mudah Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 2, 2020
pada 12:39 PM

Bermula 1 April yang lalu, orang ramai sudah boleh mula menyemak status atau membuat permohonan baru bagi melayakkan diri menerima Bantuan Prihatin Nasional seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh lalu.

Seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, bagi penerima BSH 2020, anda TIDAK PERLU untuk membuat permohonan baru kerana anda secara automatiknya LAYAK untuk menerima bantuan ini.

Untuk info lanjut tentang penerima BSH 2020 terdahulu, sila semak di sini:

 

Jika anda berdepan dengan persoalan berikut, ikut panduan yang diberikan satu-persatu:

1. Saya pernah mohon BSH 2019, tapi saya bukan penerima BSH 2020. Perlu mohon lagi sekali ke?

Seperti yang dijelaskan oleh pihak LHDNM, permohonan BSH 2020 akan terima bantuan secara automatik tanpa perlu membuat permohonan baru. Kalau rasa tak yakin, jangan risau. Semak saja status permohonan ikut langkah ini:

Cara Semak Status

1. Layari laman web https://bpn.hasil.gov.my/Masukkan nombor MyKad

 

2. Jika tiada rekod, boleh mula buat permohonan baru.

 

Cara Buat Permohonan Baru

1. Isi maklumat pemohon

 

2. Pastikan permohonan telah selamat dihantar & mendapat notifikasi seperti tertera