Ini Antara Senarai Intipati Penting Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Yang Korang Perlu Tahu
# Trending Semasa

Ini Antara Senarai Intipati Penting Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Yang Korang Perlu Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 4, 2020
pada 4:16 PM

Terdapat 40 inisiatif di bawah #PENJANA bernilai RM35 bilion untuk percepatkan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan. Berikut adalah antara intipati penting Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disenaraikan dalam ucapan Perdana Menteri sebentar tadi. 

 

1. Program Subsidi Upah Dilanjutkan Lagi 3 Bulan
- dilanjutkan dengan subsidi RM600 bagi setiap pekerja untuk semua majikan yang layak.


2. Subsidi Upah
- Sektor pelancongan dan perniagaan aktiviti dalam senarai terlarang serta cuti tanpa gaji, majikan boleh mohon subsidi upah.

 

3. Program Peningkatan Kemahiran Tenaga Kerja
- peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi meningkatkan kebolehpasaran penganggur

 

4. Geran sebanyak RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan untuk platform gig ekonomi bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP

 

5. Geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan

 



 

6. Dalam usaha menggalakkan bidang freelancing MDeC akan diberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW)

 

7. Kerajaan perkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia

 

8. Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember

 

9. 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha

 

10. Kerajaan akan terbitkan Sukuk Prihatin untuk bantu bina semula ekonomi negara

 

11. #MY30 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had diperkenal bagi kurangkan kos pengangkutan harian rakyat mulai 15 Jun hingga akhir 2020\

 

12. Kerajaan akan bantu setiap peniaga melalui beberapa langkah

 

13. Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan

 

14. Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS

 

15. Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat

 

16. Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang

 

17. Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan

 

18. Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta

 

19. Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah

 

20. Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah

 

21. Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai

 

22. Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

 

23. Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020

 

24. Rebat bantu 900,000 syarikat PKS dan usahawan tempatan

 

25. Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta

 

(Akan dikemaskini)