Syarat Terkini Dan Cara Pengeluaran KWSP Akaun 1
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Syarat Terkini Dan Cara Pengeluaran KWSP Akaun 1

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 2, 2020
pada 11:12 AM

Sejak pembentangan Bajet 2021 baru-baru ni, kerajaan telah mengumumkan semua rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan layak memohon pengeluaran KWSP akaun1. Namun begitu, syarat-syarat kelayakan tidak lagi menjadi teka-teki buat kita.

Semalam, pihak KWSP baru sahaja mengeluarkan garis panduan kelayakan bagi pemohon untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun 1. Baca seterusnya untuk mengetahui anda layak memohon sahaja ke atau layak menerima melalui Program i-Sinar (akaun 1 KWSP)

 

Kategori 1 

Ahli bekerja dalam sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor gig, ahli yang sudah lama tidak mencarum, ahli yang hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang diberikan notis kerja tanpa cuti

  • Ahli tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan.

  • Ahli menerima pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas selepas Mac 2020.

    Jika korang dalam Kategori 1:

    Tiada dokumen sokongan diperlukan.

  • Kelulusan adalah secara automatik berdasarkan data dalam KWSP

  • Korang hanya perlu memohon secara online di isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020

  • Pembayaran bermula dari pertengahan Januari 2021.

     

    Kategori 2

    Korang masih bekerja tetapi mengalami kekurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (ini termasuk kalau elaun atau kerja lebih masa (OT) mengalami pengurangan atau pemotongan) selepas Mac 2020. Haaa semak balik slip gaji masing-masing tu.

    Jika korang dalam Kategori 2:

    Sediakan slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pembayaran sebagai bukti. Pastikan maklumat dinyatakan dengan betul.

  • Atau, notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa (OT)

  • Jika 2 dokumen diatas tiada, penyata bank atau surat pengesahan majikan boleh digunapakai.

  • Permohonan dibuka di isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

     

    Jumlah kelayakan pengeluaran i-Sinar:

    Layak tak layak, belakang cerita, apa-apa hal pun, korang mohon je dahulu. Semoga ada rezeki masing-masing. MJ

    Sumber: KWSP