TEMUDUGA TERBUKA - Jawatan Kosong Di Bank Ternama KL & Selangor, RM3,000++, Lulusan Diploma Semua Bidang!
# Jenis Pekerjaan

TEMUDUGA TERBUKA - Jawatan Kosong Di Bank Ternama KL & Selangor, RM3,000++, Lulusan Diploma Semua Bidang!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 16, 2019
pada 5:01 PM

Mana orang-orang KL dan Selangor yang dah ada diploma atau baru habis diploma tapi masih tak ada kerja? Mana nak bayar hutang masa belajar dulu lagi, semua pun nak kena kerja dulu tapi tak dapat-dapat kerja lagi sampai sekarang. Jangan susah hati! Kami nak ajak korang semua sertai TEMUDUGA TERBUKA Gibraltar Bank Simpanan Nasional (BSN)!

Bagi yang tak familiar, Gibraltar BSN Life Berhad (Gibraltar BSN) merupakan salah satu syarikat yang telah berkembang pesat di Malaysia dan telah lebih dari 60 tahun syarikat ini melindungi impian dengan menyediakan penyelesaian, perlindungan yang relevan dan berpatutan yang boleh diakses oleh semua lapisan rakyat Malaysia.

Gibraltar BSN kini membuka peluang pekerjaan untuk korang yang lepasan Diploma dalam semua bidang dan korang akan ditawarkan pendapatan serta elaun tetap sebanyak RM3,000, insentif dan komisen pun dapat tau! Bukan tu je, lokasi kerja pun dekat sangat dengan LRT Abdullah Hukum (Kelana Jaya Line), jadi tak perlulah serabut nak hadap jammed. Yang paling best, kerja nanti korang akan diberikan Ipad semasa kerja!

Dah cerita panjang ni, jom lah ramai-ramai datang ke Temuduga Terbuka ini pada tarikh, lokasi dan masa yang berikut:

 


 

Tarikh

>>> 20 April 2019 | SABTU

 

Masa  

>>> 9 PAGI (Pendaftaran)

 

Lokasi Temuduga

>>> Level 19, Mercu 2, KL Eco City, No. 3, Jalan Bangsar, City Centre, 59200 Kuala Lumpur

 


 

Tapi, tunggu dulu! Sebelum korang nak datang datang interview, ada perkara yang korang kena buat. Korang kena lah klik link ni untuk confirmkan yang korang datang. Jangan lupa bawak resume, gambar passport (1 pcs) serta sijil akademik (asal & salinan), TIGA dokumen ni penting tau!

 

 


 

Jom ramai-ramai datang ke interview terbuka ni!

Goodluck!