Terima RM1,000 Bonus, Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji - Penjawat Awam
# Pengetahuan Pekerja

Terima RM1,000 Bonus, Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji - Penjawat Awam

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 13, 2020
pada 3:12 AM

Bak kata pepatah bagai bulan jatuh ke riba, baru-baru ini Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada sejumlah 4,009 penjawat awam di negeri Pulau Pinang.

Menerusi perbentangan Belanjawan 2021 Negeri Pulau Pinang di Dewa Undangan Negeri, Ketua Menteri Chow Yeow berkata bayaran bonus itu melibatkan RM5.5 juta dan akan dibayar pada Disember 2020.

 

PENGHARGAAN BUAT PETUGAS BARISAN HADAPAN


Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara serta semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia *RELA) serta semua anggota perkhidmatan persekutuan atas pengorbanan mereka petugas barisan hadapan, khidmat dan sokongan mereka untuk mengekang penularan wabak Covid-19 serta membantu memastikan kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam.