Tips Interview Untuk Fresh Grad Yang 'First Time' Nak Cari Kerja, Ikut Prosedur Ni Untuk Lebih Pro!
# Pengetahuan Interview

Tips Interview Untuk Fresh Grad Yang 'First Time' Nak Cari Kerja, Ikut Prosedur Ni Untuk Lebih Pro!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 23, 2019
pada 2:16 PM

Saat-saat hari graduasi adalah antara saat yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang bergelar student. Setelah bertahun-tahun berhempas pulas belajar, sudah tentu masing-masing nak menamatkan pengajian dengan cemerlang dan seterusnya mendapatkan peluang pekerjaan yang baik. 

Sebagai fresh grad yang baru pertama kali ingin mencari kerja, apakah perkara basic yang korang perlu tahu kalau nak cari kerja? Apa pantang larang yang perlu dielakkan? Haa Maukerja ada sediakan video khas untuk korang jadikan rujukan. Good luck!

 

Tonton Video Ini

 

1. Pilih Kerja Yang Sesuai (Education Background / Minat / Perkara Baru)

Perkara pertama mestilah kena pilih pekerjaan yang sesuai. Masa ni kena buat banyak research supaya korang betul-betul faham dengan kerja yang korang nak pilih tu. Jangan nanti bila dah pilih dan dapat kerja tu, tiba-tiba rasa menyesal sebab tak seperti yang korang nak. Take note ya!

 

2. Buat Research Tentang Jawatan & Syarikat

Ini penting! Jika korang mencari kerja menerusi website Maukerja, pastikan korang baca betul-betul pada bahagian Kelayakan yang diperlukan. Kalau betul-betul sesuai, barulah korang klik mohon tau! Bukan tu je, pastikan korang check company background sekali ye.

 

3. Sediakan Resume, Cover Letter & CV

Kalau nak mohon kerja, mestilah kena sediakan resume, cover letter dan CV yang lengkap. Pastikan maklumat penting dan lengkap saja dimasukkan ke dalam dokumen-dokumen ini. 

 

4. Mohon Kerja

Korang dah dapat info tentang company yang korang berminat nak mohon tu kan? Jadi, bolehlah korang mula hantarkan resume, cover letter dan resume korang ke company tersebut. Boleh juga lampirkan sekali portfolio atau resume video korang sekali. Ingat, jangan hantar attachement macam tu je tau! Pastikan korang buat pengenalan diri yang lengkap.

 

5. Follow up / keep in touch dengan interviewer

Ada calon yang takut nak follow up dengan interviewer, kan? Takut nampak terlalu mendesak? Jangan risau, sebenarnya tak salah pun kalau korang nak contact dengan interviewer untuk bertanyakan tentang status korang tu. Tapi pastikan jangan terlalu kerap pulak.