Ada Motor & Helmet Dah Perfect Untuk Jadi Rider? Completekan Lagi Dengan 8 Benda ni, Baru Ngam!
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Ada Motor & Helmet Dah Perfect Untuk Jadi Rider? Completekan Lagi Dengan 8 Benda ni, Baru Ngam!

post by Shasha

by Shasha

Oct 11, 2016
pada 4:06 AM

Kerja sebagai rider je pun takkan banyak sangat benda yang kena ada? Memang kerja senang je, hidupkan enjin moto hantar barang. Tapi setiap perkara perlu ada persediaan juga kan kalau tak nanti waktu tu lah tercari-cari helmet lah, dompet lah & sebagainya. Haa take note guys, 8 keperluan ni korang kena ada sebelum nak buat penghantaran atau nak jadi rider.

1. Smart phone

Memandangkan sekarang ni kebanyakan syarikat memang memerlukan rider yang ada smart phone, berdata & ada aplikasi seperti Waze, Google Earth & yang berkaitan kerana ianya sangat membantu korang & mempercepatkan kerja-kerja penghantaran korang. Dengan adanya smart phone, android & macam-macam lagi kecanggihan teknologi ni korang kira dah menepati kriteria-kriteria untuk menjadi seorang rider. Semuanya compact dalam fon bersaiz tapak tangan itu! Google Maps ada, Google Earth & banyak lagi aplikasi smart phone yang boleh korang pakai untuk cari directions jalan. Tak perlu buka peta sebesar alam nak cari tempat destinasi penghantaran korang.

Haa dah guna smart phone korang untuk whatsapp, call, tambah lagi pakai Google Maps atau Waze, bateri fon pun tingaal nyawa-nyawa ikan je tu. Takkan nak cari plug untuk cas fon korang kan?Mana lah ada masa nak tunggu fon penuh, banyak lagi tempat nak buat delivery barang-barang ni. Powerbank lah penyelamat korang! Ingat, jangan lah lupa untuk cas semula powerbank untuk hari-hari seterusnya! Belum ada powerbank? Mahal sangat powerbank? Haa rajin-rajin lah klik page FB Maukerja kami untuk menangi powerbank dengan hanya perlu jawab kuiz pendek!

JOIN GROUP RIDER FB HARINI!

3. Jaket terbalik

Tak Malaysia lah kalau korang tak tahu kewujudan ‘jaket terbalik’ ni..Dekat Malaysia je ada ciptaan jaket terbalik ni tau, sebab kita semua kreatif! Sebagai seorang rider ataupun persiapan korang boleh buat sebelum buat penghantaran, pastikan ada jaket terbalik ni. Dengar macam kelakar kan namanya tapi jaket ni banyak manfaatnya kepada diri korang (rider). Perlindungan dari matahari panas terik yang boleh hitamkan kulit putih gebu korang ni  & boleh jadi gentian kepada baju hujan kalau tiba-tiba hujan.

JOIN GROUP RIDER FB HARINI!

4. Cermin mata hitam

Siapa kata polis je mampu pakai cermin mata hitam ni? Korang tak smart lah kalau tak pakai cermin mata hitam waktu buat penghantaran barang. Walaupun naik moto je, cermin mata hitam sangat membantu korang untuk terus fokus bagi membuat penghantaran dengan lancer & yang paling penting tak mengantuk!

Almaklum lah cuaca dekat Malaysia ni lembap jadi ada musim panas kering betul & kalau hujan tu, selebat-lebatnya turun. Kena pulak hujan waktu korang tengah angkut banyak barang kan, adanya baju hujan ni korang berhenti 5 minit bawah tempat teduh, sarung je & boleh sambung buat penghantaran. Tak mahal pun nak miliki baju hujan ni, dekat 2 ringgit pun ada jual haa macam-macam warna korang boleh pilih. Bukan je boleh lindungi diri daripada basah lencun tapi boleh juga lindung barang-barang penghantaran korang daripada basah.

Sebatang pen ni lah menentukan kredibiliti korang sebagai seorang rider. Dah penat-penat angkut barang ke destinasi penghantaran, tiba-tiba awek receptionist mintak pen tapi korang tak dapat sediakan sebab takda. Malu beb, sekurang-kurangnya letak sebatang pen dalam beg korang jadi bila nak serahkan barang & mintak tandatangan penerima korang terus hulurkan haa baru lah kemas guys!

Sebelum buat penghantaran tu memang korang rasa malas nak bawak botol air sumbat dalam beg sebab tak rasa haus pun tapi percayalah, bila korang dah ke hulu ke hilir dengan panasnya lagi waktu tu lah korang rasa haus yang teramat. Pastikan badan korang sentiasa terhidrat dengan cecair supaya kekal cergas & bertenaga nak sambung bekerja!

Akhir sekali, ni paling penting guys kena ada dalam check list korang. Apa dia? Backpack ataupun bag sandang untuk simpan barang-barang penghantaran korang, senang letak satu tempat supaya tak tercicir & senang cari. Barang-barang penghantaran korang mesti banyak nak hantar kan jadi solutionnya adalah backpack. Mungkin kalau barang penghantaran bersaiz besar, ada sesetengah syarikat akan sediakan satu beg simpanan besar untuk menyimpan barang tersebut tapi seandainya tak disediakan korang boleh pasangkan bakul motor supaya lebih efisyen!  

Haa tunggu apa lagi, cepat persiapkan diri korang untuk jadi lagi smart! Nak lagi smart, join lah group rider FB kami hari ini untuk peluang kerja lebih cerah!

Group FB Keluarga Rider & Despatch Malaysia ni dibuat khas untuk sesiapa saja yang nak buat part time atau full time sebagai rider, kalau ada kekosongan jawatan admin akan terus inform di dalam group FB ni. Kami nak bantu korang jana pendapatan walaupun yang nak kerja part time rider ni. Jangan sgan-segan, mana kawan-kawan yang tengah sibuk keluar masuk bilik temuduga tapi masih tak dapat kerja invite diorang masuk group ni! Sama-sama kongsi rezeki & rapatkan silaturahim sesama rider!