Ada Sebabnya Mengapa Muka Kembali Teruk Lepas Berhenti Gunakan Sesuatu Produk
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Ada Sebabnya Mengapa Muka Kembali Teruk Lepas Berhenti Gunakan Sesuatu Produk

post by Aisya

by Aisya

Apr 21, 2017
pada 5:34 AM

Makin banyak pula kes di mana wanita terutamanya mengalami masalah di mana muka mereka parah teruk selepas menggunakan produk local. Ada yang sampai muka tumbuh jerawat yang bernanah dan ada juga yang mukanya bengak seperti baru lepas ditumbuk. Gerun melihatnya sebab daripada muka yang elok cantik-cantik terus berubah menjadi parah dek disebabkan mahu cantik dan putih dengan instant. 

Jangan ambil ringan kes ni, makin banyak dah produk local yang disenarai oleh KMM yang rupanya beracun dan membahayakan kesihatan. Biasanya mereka janjikan kulit yang cerah dan flawless dalam masa yang singkat. Tolong jangan percaya bulat-bulat. Kalau lepas korang gunakan sesuatu produk dan jadi begini, baik lah berhenti..

Kenapa lepas berhenti gunakan sesuatu produk jerawat makin naik dan teruk?

Pernah tak terjadi dimana bila pakai satu produk ni sekejap je tak sampai sebulan jerawat semua hilang dan muka memang flawless lah! Tapi bila berhenti je terus naik jerawat besar dan bernanah dan memang parah. Rupanya dapat merasa muka licin tu sementara je. Kenapa boleh jadi macam ni?

Kalau nak tahu, mengikut penjelasan yang diberikan oleh Dr Haseenah Hassan di ruangan Kesihatan di Mingguan Malaysia, itu adalah ciri-ciri produk berkenaan mengandungi merkuri berbahaya! Kalau korang nak tahu produk tersebut ada merkuri atau tidak, lihat pada 8 tanda-tanda ini:

1.Warna krim lebih terang dan menyerlah

2. Bau krim agak kuat dan menyengat

3. Krim pemutih yang mengandungi merkuri menyebabkan kulit wajah menjadi lebih berkilat

4. Kulit muka menjadi putih, biasanya putih pucat

5. Krim memiliki tekstur kasar, berbiji-biji dan bergumpal

6. Memutihkan kulit dalam waktu yang sangat singkat (kurang seminggu)

7. Tidak timbul jerawat. Ini disebabkan lapisan epidermis kulit telah rosak dan kulit sudah tidak lagi mengandungi protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran matahari.

8. Pada pemakaian awal prosuk menyebabkan iritasi pada kulit, merah-kemerahan dan rasa terbakar bila terkena cahaya matahari.

 

Berhenti gunakan produk yang tersenarai di bawah!