Ajar Subjek Komputer Guna Papan Hitam, Tengok Apa Balasan Guru Ini Dapat Daripada Microsoft!
# Trending Semasa

Ajar Subjek Komputer Guna Papan Hitam, Tengok Apa Balasan Guru Ini Dapat Daripada Microsoft!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 16, 2018
pada 11:44 AM

Ingat lagi tak kisah yang pernah viral di mana seorang guru yang mengajar program Microsoft Word dengan hanya menggunakan papan hitam saja? Rata-rata netizen sangat kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh guru bernama Richard Appiah Akoto.

Bayangkan, Akoto melakarkan satu-persatu bahagian di dalam Microsoft Words di atas papan hitam bagi memastikan anak muridnya memahami subjek tersebut.

 

Semangat Akoto ni harus dicontohi oleh semua guru.

 

 

Cikgu Akoto yang berusia 33 tahun itu merupakan seorang guru teknologi maklumat dan komunikasi di Betenase M/A Junior High School di bandar Sekyedomase.

Cikgu Akoto pernah menulis status ini di Facebooknya: 

"Mengajar ICT di sekolah Ghana sangat lucu. ICT di papan hitam. Saya sayangkan pelajar saya jadi perlu buat mereka faham apa yang saya ajar."
 

Berikutan dengan kisah ini, seorang usahawan yang dikenali sebagai Rebecca Enonchong telah mentioned tweetnya ke @MicrosoftAfrica. Dalam tweet tersebut, dia meminta pihak Microsoft menyediakan kelengkapan komputer bagi memudahkan pengajaran Cikgu Akoto di dalam kelas. 

Dan tak sangka tweet tersebut mendapat perhatian pihak Microsoft sehingga mereka bersetuju untuk menyediakan kemudahan komputer untuk sekolah Cikgu Akoto. Begitu luasnya kuasa media sosial, kan?

Semoga bantuan komputer yang bakal disediakan itu dapat membantu Cikgu Akoto mengajar anak muridnya dengan lebih mudah lagi lepas ni. Tak perlu dah bersusah-payah lakar gambarajah Microsoft Word atas papan hitam lagi!

 

Sumber Oleh: mStar Online