Akibat Gelak Terlalu Besar, Wanita Ini Terima Padah 'On The Spot'
# Pengetahuan Interview

Akibat Gelak Terlalu Besar, Wanita Ini Terima Padah 'On The Spot'

post by Izuan

by Izuan

Oct 16, 2017
pada 12:00 PM

Sepasang suami isteri yang menaiki kereta api dari Nanning ke Bandar Qindao, Shandong yang memakan masa selama 28 jam bertukar menjadi satu tragedi yang parah. Oleh kerana perjalanan itu memakan masa yang lama, mereka memutuskan untuk menghilangkan rasa bosan dengan bermain permainan kad. Cuba teka apa yang berlaku seterusnya?

Terkehel rahang sebab excited sangat main permainan kad

Permainan itu daripada menggembirakan bertukar menjadi parah apabila Puan Qio secara tidak sengaja terkehel rahangnya. Dia yang terlalu excited dan gembira tergelak terbahak-bahak sehingga terdegar bunyi "pop!" di rahangnya.

Terdengar bunyi pop! dan tak boleh nak tutup mulut semula

Mengikut apa yang diberitahu oleh suaminya, dia gelak dengan kuat dan menjerit dengan beriya sungguh kerana mendapat kad yang bagus. Dia kemudiannya teerdengar bunyi pop! dan terus tidak dapat menutup mulutnya semula. Sakitnya!

 

2 jam rawatan dan rahangnya kembali pulih

Suaminya terus memberitahu pegawai  mengenai situasi isterinya. Sesampai sahaja ke destinasi, dia terus dibawa ke hospital tempatan dan menerima rawatan. Rahangnya kembali normal selepas 2 jam rawatan. Siapa kawan korang yang mudah terhibur sampai ketawa terbahak-bahak boleh lah nasihat dia jangan gelak melebih sangat.

*Sumber: Elite Readers