"Alamak! Bos Datang Tempat Aku! Apa Nak Buat Ni!" 4 Tips Buat Boss Jatuh Cinta
# Pengetahuan Pekerja

"Alamak! Bos Datang Tempat Aku! Apa Nak Buat Ni!" 4 Tips Buat Boss Jatuh Cinta

post by sofea

by sofea

Jul 20, 2018
pada 5:28 AM

Banyak benda korang rancang nak buat hari ni, tiba-tiba dalam perjalanan nak naik lif, terserempak pula dengan bos, ataupun masa korang tengah duduk, bos datang mendekati, atau situasi yang seterusnya, mungkin bos offer nak bagi korang tumpang kereta, apa nak buat dalam semua situasi macam ni? Bos kot! Orang atasan korang dalam company, berdebarnya bukan main. Nak tahu apa sepatutnya korang buat dalam situasi macam ni? Ikut semua tips ni dan korang dapat jadi kawan bos.

1. Sembang je, jangan keraskan badan korang, relax!

Nak bos tahu kewujudan korang dalam syarikat ni selain daripada jadi pekerja contoh adalah dengan banyak bersembang dengan bos. Lagi-lagi kalau baru masuk kerja dekat syarikat ni. 

2.    Topik yang best: Pencapaian bos

Siapa tak suka dipuji? Ni termasuklah bos korang. 

3. Jadikan bos ni macam mentor korang

Bos boleh bagi tips kat korang tentang macam mana nak jadi seorang yang berjaya. Korang sembang je, mesti seronok dorang nak share. 

4. Muka tak perlu ketat, boraklah tentang benda yang ringan

Takkan asyik nak cakap pasal kerja je, apa kata korang sembang benda-benda ringan sikit dengan bos supaya diorang rasa santai sikit.