Ambulans Boleh Kena Saman Tak Kalau Suruh Korang Langgar Lampu Merah? Peguam Ni Terangkan
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Ambulans Boleh Kena Saman Tak Kalau Suruh Korang Langgar Lampu Merah? Peguam Ni Terangkan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 29, 2022
pada 3:41 AM

Baru-baru ni kecoh apabila sebuah ambulans yang sedang dalam perjalanan mengambil pesakit melanggar sebuah kereta yang enggan berhenti di sebuah lampu isyarat. Akibatnya, ambulans tu terbabas dan melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di lampu isyarat arah bertentangan.

Jadi persoalannya sekarang, siapa yang salah sebenarnya? Kereta tu yang salah sebab tak beri laluan kepada ambulans ataupun ambulans yang salah sebab tak berhenti masa lampu isyarat merah?

Tapi sebelum tu, kalau nak cari kerja, boleh cari di Maukerja, ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Sekadar berkongsi pandangan mengenai kejadian di Bukit Mertajam apabila seorang pemandu kereta tidak memberikan laluan kepada ambulans hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan.

Pada kali ini saya ingin menulis mengenai hak ambulans ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah.

Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulans yang berada di belakang kita atau tidak.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Jika sebahagian dari kita turut merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.

Persoalannya ialah adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk?

Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan yang berkaitan dengan perkara ini.

Tulisan ini dapat dilihat dari sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;

-Tak kan ambulans membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah.
-Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti.
-Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejab tapi lama.
-Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulans , apa perasaan kita
-Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulans , baru tahu susahnya jika ambulans lambat sampai ke hospital.
-Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.

Persoalannya ialah adakah boleh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulans telah berlaku.

Mengikut undang undang, sesebuah ambulans perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Setelah diteliti sememangnya ada arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulans jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara ini iaitu ;

-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.
-Pemandu ambulans juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.

Ianya bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulans tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku yang lebih membahayakan nyawa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kereta yang berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dalam ‘dunia ‘ mereka. Mereka tidak sedar kewujudan ambulans pada masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak. Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana mana undang negara.

...pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba...

Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulans maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan.

Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.
Secara tiba tiba muncul ambulans dan merempuh kenderaan terbabit.
Siapa yang perlu dipersalahkan? Mereka atau pemandu ambulans ?

Begitu juga apabila ambulans berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan beliau.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulans berkenaan...

Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?

Tambahan pula jika kemalangan itu mengakibatkan kematian kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulans berkenaan, jawapannya tidak boleh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang ‘menumpang’ terutama jika ambulans hanya berada di sebelah mereka sahaja dan bukan di laluan ambulans atau di belakang mereka itu dan seterusnya berlaku kemalangan.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu...

Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulans membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk mendapat rawatan dan boleh ‘mati’ akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan, jika pemandu ambulans boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau namun tindakan pemandu ambulans melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, pesakit dan penguna jalanraya yang lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulans mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa apa gantirugi dari Kementerian.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yang dalam ambulans ‘mungkin mati dan mungkin hidup’ apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang ‘sihat sejahtera’ dan normal, maka kematian mereka adalah pada logik akal adalah sia sia kerana mereka ‘mampu’ hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemalangan ini.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulans bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulans tersebut.

Pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan...

Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dalam keadaan stabil terlebih dahulu.
Ini bermaksud pesakit masih boleh menunggu lampu isyarat bertukar ‘hijau’ sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yang dirujuk.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera.

Sekian.