Anak Muda Tak Payahlah Gigih Buat ASBF Kalau... - Konsultan Kewangan
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Anak Muda Tak Payahlah Gigih Buat ASBF Kalau... - Konsultan Kewangan

post by Ehsan

by Ehsan

May 23, 2022
pada 9:00 AM

Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa simpanan pada usia muda itu merupakan satu langkah yang bijak, simpanan yang boleh menjamin kewangan pada masa hadapan dan juga pada waktu kecemasan. Namun begitu, ia bukanlah satu langkah yang bijak jika anda tidak melakukan perkara ini dahulu. Biarpun sudah menjadi 'consultant' kewangan, sebagai anak muda, Nor Aliah Mohd Nor cukup faham dengan tindak tanduk golongan graduan muda ini. Jadi, ketahui sebab kenapa ASBF ini bukanlah satu idea bernas bagi graduan muda jika....


KORANG NAK CARI KERJA?

Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja


 "Buat simpanan biasa pon tak pernah!"

Fresh Graduate Wajib Simpan Cara Biasa Je Dulu Sebelum Nak Mula Simpan Di ASBF (Simpanan Melalui Pembiayaan)
.
Hati Lia dah mula gelisah bila ada fresh graduate yang mula nak simpan di ASBF tapi buat simpanan biasa pon tak pernah!
.
Bukan apa, kita kena wujudkan dalam diri kemampuan menyimpan secara tunai terlebih dahulu dan paling penting ada simpanan tunai sendiri.
.
Kalau nak simpan RM100/month pon susah, risau nak simpan RM250-RM400/month lagi jadi susah! Sebab kita tak biasa. Latihkan diri kita untuk rajin menyimpan sebelum buat ‘force saving’ ni.
.
Ada je yang guide buat ASBF RM200K, jadi setiap bulan perlu commit RM1080 sebulan dengan 5.05% interest rate dan untuk jangka masa 30 tahun. Jangan lah terus nak buat! Bahaya!
.
Sebab sebelum nak buat, belajar dulu dan tahu apa kepentingan dalam ASBF ni. Kalau buat ASBF tapi nak guna dividen untuk bayar bulanan (tahunan), kena buat kira-kira dan tahu berapa hasilnya.


"Ni tips sebelum anda nak mula simpan di ASBF"


1. Kena tahu tujuan nak buat ASBF. Katakan tujuan lagi 5 tahun nak gunakan duit dividen untuk kenduri kahwin.
.
2. Letakkan jangka masa berapa lama nak capai sesuatu matlamat itu. Ada setengah orang 5 tahun, ada juga yang 10 tahun. 
.
3. Check dengan bank atau yang lebih pakar sama ada anda perlu, mampu atau layak untuk buat ASBF ni? Sebab ada yang buat ASBF lepas itu tak lepas pula untuk apply beli rumah. 
.
4. Lukiskan peta matlamat kewangan anda, sama ada buka ASB 1 saja ke atau nak buka juga ASB 2. 
.
5. Plan dengan pasangan buat sekali supaya boleh dapat gandakan lagi wang jadi 5 angka dengan cepat.
.
Apa-apa pon, setiap pelaburan ni ada ilmunya. Dan setiap jenis pelaburan ada game yang tersendiri. 
.
Teruskan cari maklumat, dan belajar teknik yang betul. Lia yakin dan percaya, lagi banyak ilmu yang anda ada, lagi besar peluang anda buat duit senang-senang macam ni!
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang. Set See First Lia sekali ya agar anda tak terlepas dari posting penting Lia.
.
#ChettakiOmey
#Dexandra

Sumber : Nor Aliah Mohd Nor

 


KORANG NAK CARI KERJA?

Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja