Apa Yang Korang Perlu Buat Bila Diberi Kontrak Kerja? Baca 7 Point Ini Dengan Teliti
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Apa Yang Korang Perlu Buat Bila Diberi Kontrak Kerja? Baca 7 Point Ini Dengan Teliti

post by Aisya

by Aisya

May 23, 2017
pada 4:30 AM

Tahniah! korang dah dapat kerja pertama yang dinanti-nantikan selama ini. Tunggu! Sebelum korang terima tawaran tersebut, pastikan korang terima dahulu kontrak kerja. Baca dengan teliti dan barulah tanda tangan agar tidak berlaku sebarang keraguan dan isu di masa hadapan. Kontrak kerja ni sangat penting dan ini lah yang akan menjaga korang sepanjang bekerja di sana. Ini adalah 7 perkara penting yang perlu ada dalam kontrak.

 

1. Pihak yang terlibat dalam kontrak

Sebelum korang accept kontrak kerja tu dan tanda tangan, pastikan nama yang tertera adalah sahih dan benar. Semak betul-betul nama, pastikan tiada typo dan walaupun tersalah antara huruf "H" dan "Y" pun korang kena betulkan juga. Pastikan juga pihak lain yang bertanggungjawab menandatangan kontrak kerja itu, dan bukannya orang lain.

 

2. Jawatan dan skop kerja

Kalau jawatan yang korang pegang adalah sebagai Marketing maka pastikan jawatan itu tertera dalam kontrak kerja. Bab ni korang kena ambil perhatian sikit, sebab ada je syarikat yang bila temuduga tawarkan kerja sebagai contoh engineer tapi bila tengok dalam kontrak kerja "SALES ENGINEER". Lain tau kedua-duanya ini jadi semak betul-betul.

 

3. Waktu bekerja

Kalau majikan cakap waktu bekerja adalah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, pastikan ianya sama dengan di dalam kontrak. Ini tidak, dalam kontrak tulis lain iaitu kerja shift pula, eh? Kalau tidak ada perjanjian pun menngenai perlu bekerja pada hari Sabtu jadi pastikan ianya sudah siap tertulis dalam kontrak. Jangan ingat ianya tidak penting tau sebab nanti korang yang merana kena kerja waktu hujung minggu apa.

 

4. Gaji serta pakej manfaat dan bonus

Terpaling lah penting sekali hal ini kerana ianya membabitkan soal duit dan jumlah gaji yang diterima setiap bulan. Semak betul-betul yang kontrak kerja tertera jumlah gaji seperti yang sudah dibincangkan sewaktu temuduga. Semak juga manfaat lain seperti bonus, dan yang berkaitan. Kalau lah majikan tidak beri, maka boleh tunjukkan kontrak kerja dan tanya "saya sepatutnya terima ini bukan?" 

 

5. Proses pemberhentian kerja atau diberhentikan

Memang lah korang nak kerja lama di sana tapi hal ini pun sama juga pentingnya sebab mana tahu jika satu hari nanti korang mahu berhenti ataupun diberhentikan. Ketahui hal-hal penting bagaimana proses diberhentikan berlaku, ada ke sebarang penalti, dan notis berhenti kerja semua. Tidak lah nanti kalau bos pecat notis 24 jam korang terkejut dan mengamuk. Kalau ada dalam kontrak, maka majikan korang tidak salah. Pastikan juga ada tertera apa berlaku kalau korang berhenti sebelum tamat kontrak.

 

6. Hak Cuti

Cuti tahunan serta cuti umum juga perlu ada ditulis dalam kontrak kerja. Berapakah hari anda berhak untuk bercuti? Ada tak cuti lain yang korang bakal nikmati sebagai pekerja? Cuti sakit, cuti bersalin, dan cuti lain-lain yang penting.

 

7. Tempoh kontrak kerja

Tempoh kontrak ini penting kerana ianya menentukan berapa lama korang perlu bekerja di syarikat tersebut dan berapa lama juga korang terikat dengan kontrak. Kebiasaanya, ianya tertera kepada mereka yang bekerja kontrak sebagai contoh pekerja kontrak selama 2 tahun. Jadi selepas tamat 2 tahun, ianya samada kontrak korang diteruskan atau tidak. Pastikan korang ambil serius bab kontrak kerja ini ya.